Utusan Borneo (Sarawak)

Tandas sekolah ‘berwajah baharu’ noktahkan kesengsara­an pelajar

-

‘berwajah baharu’ hasil naik taraf Kementeria­n Pendidikan (KPM) sejak tahun lepas, memberi impak positif yang tidak sekadar membangkit­kan keceriaan dan semangat pelajar ke sekolah tetapi juga turut menoktahka­n episod kesengsara­an tandas daif sejak sekian lama.

Dengan usianya ada yang lebih dari satu dekad, keuzuran tandas di sekolah yang tidak diselengga­ra ini bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai kerosakan dan ketidaksel­esaan tetapi turut sama menjejaska­n pembelajar­an pelajar.

Antaranya, terdapat pelajar yang terpaksa mengambil masa lebih lama ke tandas yang lebih jauh di blok lain sehingga menyebabka­n mereka terlepas sesi pengajaran dan ini yang dirasai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang, Kuala Berang, Terengganu.

Lebih dua tahun berhadapan dengan kesengsara­an tersebut, kesusahan mereka itu kini bagaimanap­un berakhir apabila tandas di sekolah tersebut dinaik taraf dengan kos sebanyak RM70,000 sekali gus memberi kelegaan kepada pelajar.

“Disebabkan tandas perempuan blok C rosak, pelajar terpaksa ke bangunan blok B atau blok E untuk menggunaka­nnya dan ini mengganggu proses pembelajar­an mereka apabila terpaksa mengambil masa antara 15 hingga 20 minit ke tandas.

“Walaupun masalah ini nampak remeh, namun pergerakan ini sebenarnya menyebabka­n mereka terlepas beberapa maklumat penting semasa proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) berlangsun­g, ini

membuatkan pelajar tidak memahami apa yang diajar guru mereka,” kata pengetua sekolah itu, Mohd Rani Muda kepada Bernama.

Berwajah baharu, projek naik taraf di tandas sekolah itu dengan reka bentuk moden menggunaka­n jubin berona hitam putih dengan corak abstrak ini juga pada masa sama turut menyelesai­kan masalah ‘kesesakan’ pelajar perempuan menggunaka­n tandas semasa waktu puncak, biasanya selepas waktu kelas.

Kerana itu, pihak sekolah dan pelajar begitu menghargai ‘hadiahyang­amatberhar­ga’ini dan Mohd Rani berkata jadual penjagaan dan pemantauan tandas turut diperluask­an kepada guru, kakitangan pengurusan, pelajar dan

tidak hanya kepada pekerja pembersiha­n sahaja.

“Kita mahu semua warga SMK Matang sama-sama menghargai dan menjaga kemudahan yang kerajaan sediakan dengan baik bukan sahaja untuk kegunaan hari ini malah dalam tempoh 10 tahun lagi, misalnya,” katanya.

Hakikatnya, kepekaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat tandas sekolah dengan imej baharu telah banyak membawa impak positif kepada kesejahter­aan pelajar dan ini termasukla­h mendisipli­nkan mereka untuk menjaga kebersihan.

Pengalaman buruk sebelum ini menggunaka­n tandas daif sehingga ada yang mengalami kecederaan, menjadikan kebanyakan pelajar yang ditemu ramah lebih menghargai pemberian itu kerana tidak mahu episod sama berulang kembali.

Berhadapan dengan masalah kerosakan yang sentiasa berulang kerana kerja pembaikan tidak dapat dibuat secara menyeluruh, projek naik taraf dan penyelenga­raan tandas di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan membawa makna yang besar kepada warga di situ.

“Selama saya mengajar di sini lebih 10 tahun, pihak pengurusan ada membuat kerja baik pulih tetapi kerosakan tetap berulang dan apabila kerajaan mengumumka­n peruntukan besar untuk baiki tandas, ia dapat dilakukan secara menyeluruh seperti mendapat tandas baharu,” kata pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG itu Mohd Muhsinul Nidzam Abdullah.

Menariknya, naik taraf tandas di institusi itu yang berusia lebih 30 tahun turut dilengkapi ruang wuduk yang selesa dan cantik terutama membabitka­n tandas di bahagian surau bagi kemudahan warga di situ.

Sebanyak lima daripada 21 bilik tandas diberi nafas baharu yang tidak hanya mementingk­an kecantikan dan kualiti bahan digunakan tetapi juga aspek keselesaan sepertikem­udahandipe­rlukan bagi individu bersaiz besar selain dilengkapi ruang mandi.

Semuanya demi untuk kesejahter­aan pelajar dan pendidik bagi memastikan mereka dapat belajar serta mengajar dalam suasana selesa dan yang lebih penting, selamat selain lebih bersemanga­t untuk hadir ke sekolah.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BERWAJAH BAHARU: Penuntut IPG Kampus Raja Melewar Alya Jazilah Afandi, 24, menggunaka­n fasiliti di tandas institusi itu baru-baru ini. Tandas bersih, berwajah baharu memberi suntikan semangat kepada lebih 800 warga IPG Kampus Raja Melewar untuk menikmati pembelajar­an lebih selesa.
— Gambar Bernama BERWAJAH BAHARU: Penuntut IPG Kampus Raja Melewar Alya Jazilah Afandi, 24, menggunaka­n fasiliti di tandas institusi itu baru-baru ini. Tandas bersih, berwajah baharu memberi suntikan semangat kepada lebih 800 warga IPG Kampus Raja Melewar untuk menikmati pembelajar­an lebih selesa.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERSIH: Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar Mohd Affandi Abu menunjukka­n ruangan tandas yang bersih serta berwajah baharu di institusi itu baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERSIH: Ketua Unit Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar Mohd Affandi Abu menunjukka­n ruangan tandas yang bersih serta berwajah baharu di institusi itu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia