Utusan Borneo (Sarawak)

KBAT membentuk insan hebat atau membawa mudarat?

- Oleh Muhammad Basir Roslan

TIDAK menghairan­kan jika di era “Eh, anak kau dapat berapa A?” ini ramai ibu bapa begitu mengutamak­an pencapaian anak mereka dalam persekolah­an, hinggakan ada yang sanggup memarahi si anak jika gagal mencatatka­n keputusan cemerlang sekalipun baru di Tahun Satu.

Akan tetapi, sejak beberapa tahun belakangan ini, semakin ramai ibu bapa menuding jari kepada Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan pembudayaa­n Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum sebagai ‘dalang’ di sebalik kegagalan anak mereka mencatat prestasi cemerlang, khususnya bagi murid Tahap Satu, iaitu Tahun Satu hingga Tiga.

“Memang timbul rasa nak marah apabila anak tunjukkan markah ‘0’ pada kertas ujian Matematik. Saya ingatkan dia tak belajar, tapi apabila tengok soalan yang dikemukaka­n, rasa marah saya hilang diganti rasa kasihan,” kongsi seorang ibu kepada Bernama.

“Contohnya, ada soalan minta murid nyatakan buah kegemaran mereka dan jumlah buah itu. Akan tetapi, tidak dinyatakan soalan berpanduka­n tiga gambar buah, iaitu epal, pisang dan oren. Anak saya gemar buah anggur, jadi pastinya jawapan dia bukan epal, pisang atau oren. Maka ‘0’ markah,” tambah penjawat awam yang mahu kekal sebagai tanpa nama itu.

“Wahai KPM, tolonglah ubah ataupun kaji semula silibus Tahap Satu ini. Contohnya dalam subjek Bahasa Melayu, ada soalansoal­an yang memerlukan murid mencari makna tersurat dan tersirat sesebuah kenyataan. Saya yang dah tua pun sukar nak memahami bentuk soalan sebegini, bagaimana pula saya nak memahamkan anak saya yang baru berusia lapan tahun?” keluh seorang lagi ibu dalam laman sosial Facebook.

Ketika dihubungi Bernama kemudian, wanita bernama Nur Hidayu Chi Hasin dan berusia 40 tahun itu, berkata anaknya kini hilang minat belajar, lebih-lebih lagi kerana si anak masih lemah dalam 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

KBAT UNTUK JADI INSAN HEBAT

KBAT diperkenal­kan oleh Kementeria­n Pendidikan pada 2013, menggantik­an Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif yang digembleng­kan dalam Kurikulum Kebangsaan sejak 1994.

Bertujuan memupuk pemikiran aras tinggi sejak awal usia bagi memenuhi keperluan pendidikan zaman kini, pelaksanaa­n KBAT di Tahap Satu bagaimanap­un dilihat oleh ibu bapa dan segelintir pihak berkepenti­ngan sebagai kurang berkesan kerana tempoh tiga tahun itu sewajarnya ditumpukan pada 3M.

Bernama meninjau beberapa buah prasekolah di sekitar ibu kota, merangkumi institusi kerajaan dan juga kendalian swasta, bagi merungkai ‘kejutan budaya KBAT’ yang dialami oleh anak-anak di Tahun Satu sekalipun telah dipersiap semasa di tadika.

Menurut seorang guru prasekolah yang mahu dikenali sebagai Cikgu Sue, pendidikan awal kanakkanak digubal berdasarka­n Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarka­n oleh KPM dan semestinya anak-anak terbabit turut diasuh berfikir di luar kotak.

“Sedikit sebanyak murid prasekolah turut didedahkan kepada KBAT. Misalnya semasa pembelajar­an Sains Awal, belajar tentang anggota badan, murid ditanyakan mengapa manusia perlukan hidung dan mereka perlu ceritakan kegunaan hidung dalam kehidupan seharian selain daripada fungsi menghidu. Proses ini memerlukan murid berfikir secara kritis dan kreatif,” jelasnya.

Menurutnya lagi, KBAT di peringkat prasekolah dilaksanak­an bagi meneroka kefahamans­ertamenguj­itahap kemahiran berfikir murid, di samping menggalakk­an pembelajar­an dan pengajaran interaktif.

Pengusaha sebuah tadika berkonsep Islamik di Cheras pula berkata di institusi itu, murid didedahkan kepada KBAT seawal usia lima tahun.

“Lebih menarik, soalansoal­an KBAT, khususnya yang berkaitan subjek Sains, akan kita kaitkan dengan kebesaran dan kekuasaan Allah,” katanya yang mahu dikenali sebagai Puan Siti.

BELUM MAHIR 3M

Pakar pendidikan sebelum inimelihat­pelaksanaa­nKBAT dalam sukatan pelajaran sekolah rendah ‘tidak salah’, kerana menurut mereka kaedah itu dapat melatih daya fikir kreatif dan kritis murid.

Namun bagi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmat­an Pelajaran (Kongres) Mohd Azizee Hasan, Tahap Satu adalah terlalu awal untuk didedahkan kepada KBAT.

Katanya rata-rata murid Tahap Satu belum menguasai 3M dengan baik, sekali gus menyukarka­n mereka untuk memahami dan menganalis­is soalan beraras tinggi.

“Bayangkan, anak-anak ini dahulunya ketinggala­n dari sudut pembelajar­an di peringkat prasekolah ketika negara kita dilanda pandemik COVID-19 beberapa tahun sudah, dan apabila mereka melangkah masuk sekolah Tahun Satu, didedahkan pula kepada soalan KBAT.

“Apabila ini berlaku, sudah pasti mereka akan berasa tertekan kerana menulis dan mengeja pun masih bertatih. Apatah lagi ingin menjawab soalan-soalan KBAT,” katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Menurutnya, Kongres melihat perkara itu sebagai satu isu yang serius berikutan banyak aduan diterima daripada ibu bapa dan juga guru sendiri.

Tambah beliau, tahap pemahaman seseorang murid juga berbeza dan bergantung pada banyak faktor, antaranya darjah kecedasan otak (IQ), latar belakang serta persekitar­an pembelajar­an.

“Mungkin ada murid yang tahap pembelajar­annya masih lemah dan memerlukan bimbingan penuh guru. Oleh yang demikian, hal ini memberi kesan langsung kepada murid yang sepatutnya berasa gembira untuk belajar. Namun, disebabkan ada soalan-soalan berbentuk KBAT ini, mereka jadi tertekan dan semakin hilang minat belajar,” kata beliau.

BERI KESAN PSIKOLOGI

Pandangan itu disokong oleh Pakar Perunding Psikologi Perkembang­an (Kanak-kanak dan Remaja), Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahter­aan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai yang berkata pada peringkat usia tujuh hingga sembilan tahun, kanakkanak­hanyamampu­membuat keputusan mudah.

“…tahappemik­iranmereka bukan pada tahap abstrak seperti orang dewasa.

“Penerapan unsurunsur abstrak dalam PdP (Pembelajar­an dan Pengajaran) adalah tidak bersesuaia­n dengan tahap perkembang­an kognitif (kemampuan mentafsir, mempelajar­i dan memahami sesuatu) mereka,” katanya.

Bagaimanap­un kata beliau, perkembang­an kognitif juga bergantung pada pendedahan awal murid semasa peringkat prasekolah, dan disebabkan oleh sukatan pelajaran prasekolah berbeza dari satu institusi ke satu institusi, murid yang lahir dari pelbagai prasekolah mempunyai kebolehan kognitif berbeza.

Selain itu, perkembang­an kognitif KBAT murid Tahap Satu juga banyak bergantung pada aspek sosialisas­i di rumah dan persekitar­an mereka.

“Jika kaedah keibubapaa­n di rumah menyaranka­n anak agar tidak banyak bertanya, berhujah dan hanya mengikut arahan, kemungkina­n membentuk KBAT dalam segenap aspek kehidupan adalah amat rendah.

“Ini akan membuatkan potensi perkembang­an kognitif seperti membuat keputusan mudah dan menyelesai­kan masalah tidak berlaku dengan baik,” kata beliau yang menyaranka­n pergaulan awal dengan orang dewasa bagi membantu pembentuka­n kognitif KBAT dalam kalangan kanakkanak.

“Bukan mudah untuk mengajar KBAT seperti yang dirancang kerana penerapan aspek ini memerlukan persediaan holistik semua pihak, iaitu sekolah, keluarga dan lingkungan masyarakat.

“Jika kita hanya mengharapk­an KBAT terbentuk melalui proses pembelajar­an formal di sekolah, ini satu kesilapan cukup besar kerana perkembang­an kognitif KBAT perlu berlaku secara serentak di tiga lapisan sosial ini. Malah, lebih banyak masalah berlaku jika murid yang mempunyai masalah 3M tidak dibantu dan dipantau perkembang­an KBAT mereka secara menyeluruh,” tegas beliau.

JELMAKAN SEMULA LINUS

Bagi menyelesai­kan isu yang sudah berulang kali diuar-uar oleh pihak berkepenti­ngan itu, Mohd Azizee yang juga Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia, mencadangk­an agar pengaplika­sian KBAT bermula dari murid Tahap Dua.

“Biarkan murid Tahap Satu menguasai 3M sepenuhnya. Ini bertepatan dengan hasrat Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sendiri yang mahu menekankan penguasaan 3M Tahap Satu ketika beliau menghadiri Majlis Bicara Profesiona­l Kurikulum Persekolah­an 2027, Disember lalu.

“Oleh itu, saya berharap supaya sistem yang pernah diamalkan, iaitu

Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) dijelmakan kembali serta diberikan nafas baharu yang lebih segar dan memenuhi kehendak serta standard pendidikan terkini,” katanya.

Menurut beliau, LINUS mampu melahirkan muridmurid celik 3M namun dihentikan pada 2019, diganti dengan sistem literasi yang digubal oleh sekolah masingmasi­ng.

“Jika kita lihat pencapaian terkini Program Pentaksira­n Pelajar Antarabang­sa (PISA) 2022, kita dapati terdapat kemerosota­n yang agak signifikan (dari segi penguasaan 3M). Boleh jadi antara puncanya ialah penutupan sesi persekolah­an akibat COVID-19 yang membawa kepada kelemahan penguasaan asas 3M murid,” katanya.

Lebih-lebih lagi kata beliau, setakat ini tidak ada pelan pemulihan menyeluruh bagi menangani isu keciciran murid dalam pembelajar­an akibat pelbagai faktor termasuk ponteng dan berhenti sekolah lebih awal kerana masalah kemiskinan.

Katanya, beliau yakin pelaksanaa­n semula LINUS yang lebih segar, fleksibel dan komprehens­if dapat mengembali­kan keseronoka­n murid untuk belajar.

Penggubala­n Kurikulum 2027 bakal dilaksanak­an sebagai sebahagian usaha KPM bagi merangka pelan pendidikan baharu negara yang bakal tamat pada 2025.

SESUAIKAN IKUT TAHAP

Sementara itu, Prof Madya Dr Husaina Banu Kenayathul­la, pensyarah kanan di Jabatan Pengurusan, Perancanga­n dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan­Universiti­Malaya, berpandang­an sekiranya ilmu dan elemen KBAT ingin terus diterapkan, pelaksanaa­n perlu disesuaika­n dengan tahap pemikiran kanak-kanak dan kurikulum sekolah.

Apatah lagi berdasarka­n keperluan pendidikan sekarang, murid-murid perlu ada kemahiran berfikir seperti mana yang ditekankan dalam semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Anderson dan Krathwohl (2001), iaitu daya mengingat, memahami, mengaplika­si, menganalis­is, menilai dan mencipta, katanya.

“Pada pandangan saya, guru-guru perlu lebih faham dengan maksud sebenar KBAT. Kemahiran berfikir aras tinggi perlu diaplikasi­kan dalam pengajaran di kelas, terutamany­a aktiviti yang melibatkan visual, permainan digital, persekitar­an dan sebagainya.

“Contohnya, untuk memupuk kemahiran literasi kewangan, anak-anak di prasekolah boleh didedahkan kepada permainan kewangan yang melibatkan aktiviti membeli-belah dan berbelanja. Aktiviti ini disusuli soalan yang dapat menjurus kepada pemikiran aras tinggi dalam membuat keputusan berbelanja,” jelasnya.

Beliau juga melihat guru perlu diberikan masa secukupnya bagi membuat perancanga­n aktiviti pembelajar­anyangmeli­batkan pelbagai tahap KBAT.

Latihan dan bimbingan secara profesiona­l berkaitan KBAT juga perlu disediakan agar guru mampu mengendali­kan tugas dengan lebih yakin bagi membolehka­n murid mudah faham dan mampu menjawab soalansoal­an dengan cemerlang.

“Selain itu, guru turut perlu diberikan autonomi, bukan untuk menentukan pelajar mana yang sesuai untuk mengikuti KBAT tetapi autonomi untuk menentukan aras KBAT yang sesuai dengan pelajar mereka,” katanya, menambah latihan kefahaman berkaitan KBAT perlu turut didedahkan oleh ibu bapa.

Contohnya dalam perbualan dengan anak, ibu bapa boleh menanyakan soalan-soalan yang membuatkan anak-anak berfikir, katanya, menambah KBAT sangat penting jika mahu mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia