Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi penyelewen­gan minyak masak bersubsidi: KPDN

Amaran keras termasuk kepada pihak terbabit jualan dalam talian

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran keras tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak yang terbabit penyelewen­gan barang kawalan dan subsidi terutamany­a minyak masak, termasuk yang dijual secara dalam talian.

Ketua Pengarah Penguatkua­sa KPDN Datuk Azman Adam dalam kenyataan semalam berkata pihaknya kebelakang­an ini sering menerima aduan berkaitan sindiket penipuan dalam talian (scam) yang menjual minyak masak melalui laman sosial atau tapak pasar secara dalam talian dengan tawaran harga lebih murah.

“KPDN telah menumpukan usaha berterusan memantau aktiviti penjualan minyak masak dalam talian menerusi unit khas di bahagian penguat kuasa, dan turut akan akan menganalis­is data berkaitan bagi tujuan penguatkua­saan,” katanya.

KPDN juga bekerjasam­a dengan pengendali tapak pasar secara dalam talian dalam negara bagi memastikan aktiviti penipuan serta penyelewen­gan minyak masak yang dilakukan secara dalam talian dapat dibanteras dengan lebih berkesan, katanya.

Menurutnya, sebanyak 198 iklan berkaitan penjualan barang kawalan berjadual minyak masak secara dalam talian telah dinyah turun pada 4 Julai hingga 31 Dis lepas.

Beliau berkata modus operandi kegiatan tersebut ialah mangsa diperdaya dengan tawaran harga minyak masak yang lebih rendah daripada pasaran termasuk menggunaka­n iklan umpanan memandangk­an permintaan tinggi terhadap barangan tersebut.

Beliau berkata berdasarka­n statistik penguatkua­saan bermula 4 Julai hingga 31 Dis lepas, sebanyak 62 pemeriksaa­n telah dilakukan di seluruh negara berkaitan 11 aduan yang diterima sepanjang tempoh sama berkaitan kegiatan penipuan itu.

Sebanyak tiga tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) telah disiasat berkaitan penjualan minyak masak secara dalam talian antaranya melakukan urus niaga minyak masak bersubsidi tanpa lesen yang sah dan menyimpan minyak masak tersebut di tempat yang tidak berlesen.

“KPDN telah menumpukan usaha berterusan memantau aktiviti penjualan minyak masak dalam talian menerusi unit khas di bahagian penguat kuasa, dan turut akan akan menganalis­is data berkaitan ” bagi tujuan penguatkua­saan. Datuk Azman Adam Ketua Pengarah Penguatkua­sa KPDN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia