Utusan Borneo (Sarawak)

Iran serang wilayah sempadan Pakistan

Dua kanak-kanak maut, tiga cedera, Islamabad kesal kedaulatan­nya dicabuli

-

ISLAMABAD: Pakistan semalam mendakwa Iran melancarka­n serangan udara ke atas wilayahnya yang meragut nyawa dua kanak-kanak, selepas Teheran didakwa melancarka­n serangan di Iran dan Syria terhadap ‘kumpulan teroris anti-Iran’.

Pakistan mengecam serangan udara berhampira­n sempadan kedua-dua negara itu lewat kelmarin sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali dan tanpa sebarang provokasi.

Iran tidak memberi ulasan rasmi serta-merta tetapi agensi rasmi Nour News berkata serangan itu memusnahka­n pangkalan kumpulan pelampau Jaish al-Adl (Tentera Keadilan) Pakistan.

Diasaskan pada 2012, Jaish al-Adl disenarai hitam Iran sebagai kumpulan teroris yang telah melancarka­n beberapa serangan di Iran sejak beberapa tahun lalu.

Serangan dilancarka­n selepas Iran melancarka­n serangan misil ke atas ibu

pejabat perisikan dan sasaran ‘teroris’ di Syria dan wilayah autonomi Kurdistan di Iraq.

Kenyataan rasmi Pakistan tidak menyebut lokasi sasaran serangan tetapi media Pakistan melaporkan ia terletak berhampira­n Panjgur di wilayah barat daya Balochista­n di mana keduadua negara itu berkongsi sempadan kurang penduduk

sepanjang hampir 1,000 kilometer.

Beberapa jam sebelum serangan, Perdana Menteri sementara Pakistan Anwarul-Haq Kakar telah bertemu Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahia­n pada acara sampingan sidang kemuncak Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerlan­d.

“Pencabulan kedaulatan

Pakistan ini sama sekali tidak dapat diterima dan boleh menimbulka­n akibat serius.

“Dua kanak-kanak yang tidak berdosa terbunuh manakala tiga gadis cedera,” menurut kenyataan daripada kementeria­n luar Pakistan.

Pakistan berkata, ia telah memanggil diplomat utama Teheran di Islamabad untuk memprotes pencabulan ruang udaranya tanpa provokasi.

Lewat kelmarin, Nour News Iran melaporkan dalam X: “Beberapa minit lalu dua ibu pejabat penting kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Jaish-ul-Adl telah disasari di Pakistan.”

“Kedua-dua ibu pejabat ini telah dimusnahka­n dengan roket dan dron.”

Kumpulan itu pernah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan pada Disember lalu ke atas sebuah balai polis di Rask yang membunuh sekurang-kurangnya 11 pegawai polis Iran.

Iraq memanggil pulang dutanya dari Iran kelmarin, mengecam ‘tindakan keganasan yang jelas’ selepas serangan misil berdarah oleh sekutunya itu ke atas wilayah autonomi Kurdis miliknya.

Empat maut dan enam cedera dalam serangan itu, menurut majlis keselmaata­n Kurdistan.

Iraq mencabar dakwaan Iran bahawa serangan itu menyasari perkhidmat­an perisikan Israel sebagai respons kepada pembunuhan komander Iran dan pro-Iran oleh rejim terbabit.

Iraq juga berkata ia akan memfailkan aduan dengan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung serangan Iran ke atas kedaulatan­nya.

Iran mempertaha­nkan serangan misilnya di Iraq dan Syria sebagai operasi bersasar dan hukuman yang wajar terhadap mereka yang menceroboh keselamata­n republik itu.

Pengawal Revolusi Iran berkata, mereka telah memusnahka­n ibu pejabat perisikan rejim Zionis di wilayah Kurdistan Iraq.

 ?? — Gambar AFP ?? ANCAMAN: Papan iklan gergasi memaparkan misil Iran dengan frasa dalam bahasa Parsi yang bermaksud ‘Sediakan keranda kamu’ digantung pada tepi sebuah bangunan di Teheran, kelmarin.
— Gambar AFP ANCAMAN: Papan iklan gergasi memaparkan misil Iran dengan frasa dalam bahasa Parsi yang bermaksud ‘Sediakan keranda kamu’ digantung pada tepi sebuah bangunan di Teheran, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia