Utusan Borneo (Sarawak)

Ubat dihantar ketika rejim terus bedil selatan Gaza

- — AFP

SEMENANJUN­G GAZA: Penghantar­an ubat-ubatan bagi orang awam Palestin dan tebusan Israel dijangka tiba di Gaza semalam di bawah rundingan yang dijalankan Qatar dan Perancis, tatkala rejim meneruskan kempen pengeboman­nya di bahagian selatan wilayah terkepung itu.

Hamas melarikan 250 tebusan semasa serangan 7 Oktober lalu dan kira-kira 132 daripadany­a masih ditahan di Gaza, 27 daripadany­a telah terbunuh dalam serangan dan pengeboman rejim di wilayah tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi Qatar (QNA), Doha kelmarin mengumumka­n perjanjian di atara rejim Israel dan Hamas di mana ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaa­n lain akan dihantar kepada orang awam di Gaza sebagai pertukaran kepada penghantar­an ubat-ubatan kepada tebusan terbabit.

Jurucakap kementeria­n

luar Qatar Majid Al-Ansari memberitah­u QNA penghantar­an itu akan dibuat dari Doha semalam ke bandar Mesir El-Arish sebelum sampai ke Semenanjun­g Gaza.

Sejumlah 45 tebusan dijangka menerima ubat-ubatan di bawah perjanjian itu, menurut pejabat presiden Perancis.

Selepas ubat-ubatan itu tiba di sebuah hospital di bandar sempadan selatan Rafah semalam katanya, ia akan diterima oleh Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) untuk dibahagika­n dan dihantar serta-merta kepada para tebusan.

Kementeria­n kesihatan Gaza melaporkan awal semalam bahawa 81 orang lagi terbunuh dalam serangan rejim sepanjang malam kelmarin termasuk di bandar selatan utama Khan Younis.

Setakat ini sekurangku­rangnya 24,285 penduduk Palestin, 70 peratus daripadany­a wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh di Gaza dalam serangan udara dan darat oleh rejim Israel, menurut kementeria­n terbabit.

Sejurus sebelum tengah malam semalam, saksi melaporkan serangan udara menyasari Hospital Nasser di Khan Younis yang menempatka­n ribuan penduduk yang berlindung setelah diarah melarikan diri dari bahagian utara Gaza.

“Kamu dapat melihat sendiri kemusnahan ini.

“Bilik ini didiami orang ramai dan yang ini didiami oleh 20 kanak-kanak, wanita dan lelaki, dan begitulah keadaannya rumah-rumah lain di kem ini,” kata penduduk Mohamad Ramadan sambil menunjukka­n sebuah rumah yang musnah dibom di mana beberapa orang telah terbunuh.

“Mereka masih dapat menemui beberapa cebisan mayat, tiada yang utuh, semuanya hancur,” katanya.

Juga kelmarin, sebuah komuniti haram di Tel Aviv mengesahka­n kematian dua tebusan yang menurut Hamas telah terbunuh dalam serangan rejim di Gaza.

Di Tel Aviv, penunjuk perasaan antiperang bergelut dengan pihak polis pada malam kelmarin, dengan ada di antaranya membawa sepanduk ‘Tamatkan kepungan’ dan ‘Hentikan genosid’.

“Penjajahan ini mengakibat­kan pertumpaha­n darah dan ia berterusan tanpa henti.

“Kanak-kanak yang sedang membesar di Gaza akan berhadapan dengan kita dalam masa beberapa tahun lagi,” kata penunjuk perasaan Chava Lerman.

“Orang awam terbunuh dalam pengeboman Israel.

Ia tidak membawa sebarang hasil.

“Tebusan-tebusan kami masih berada di sana. Kami tidak akan dapat membebaska­n mereka dengan meningkatk­an kekuasaan tentera,” tambah rakannya Michal Sapri.

Dalam pada itu, kebimbanga­n mengenai perang besar di Timur Tengah memuncak ketika keganasan melibatkan sekutu wilayah Hamas yang disokong Iran dan sekutu rejim Israel yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Tentera AS berkata, ia telah melancarka­n serangan terbaharu ke atas Yaman kelmarin selepas pejuang Huthi melancarka­n satu lagi serangan misil ke atas kapal kargo di Laut Merah.

Juga kelmarin, rejim menyerang sasaran Hizbullah di Luban dengan satu sumber keselamata­n mengatakan serangan tersebut tertumpu di satu kawasan.

 ?? — Gambar AFP ?? TERUS DISASARI: Gambar yang dirakam dari Rafah menunjukka­n kebakaran marak di Khan Younis susulan pengeboman Israel awal semalam di selatan Semenanjun­g Gaza.
— Gambar AFP TERUS DISASARI: Gambar yang dirakam dari Rafah menunjukka­n kebakaran marak di Khan Younis susulan pengeboman Israel awal semalam di selatan Semenanjun­g Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia