Utusan Borneo (Sarawak)

Wiegman tandatanga­ni kontrak baharu

-

Jurulatih kebangsaan bola sepak wanita England, Sarina Wiegman, menandatan­gani kontrak baharu pada Selasa, yang akan berlarutan sehingga Piala Dunia 2027.

Wiegman membuat impak besar sejak menjadi jurulatih skuad wanita England pada September 2021.

Jurulatih warga Belanda itu membimbing England memenangi Kejohanan Eropah (Euro)Wanita pada 2022 di Stadium Wembley.

Dia juga membawa skuad England ke final Piala Dunia 2022 tetapi tewas 0-1 kepada Sepanyol.

England juga memenangi kejohanan Finalissim­a Wanita yang pertama menentang Brazil tahun lepas.

Pada malam Isnin lepas, jurulatih berusia 54 tahun itu memenangi anugerah jurulatih wanita terbaik 2023 FIFA.

Wiegman, yang menggantik­an bekas pemain pertahanan kelab Manchester United, Phil Neville sebagai jurulatih, boleh memberi sepenuh fokus membimbing England untuk mempertaha­nkan kejuaraan Euro Wanita pada 2025 dan kemudian cabaran Piala Dunia Wanita 2027.

“Saya berasa sangat gembira untuk mempunyai peluang membimbing England sehingga 2027 selepas dua tahun setengah yang hebat,” kata Weigman.

“Melihat ke hadapan, kami mempunyai urusan yang belum selesai dan saya tahu kami berupaya untuk mencapai lebih banyak kejayaan, walaupun tiada yang datang dengan mudah.”

Kelayakan untuk Euro bermula pada bulan April, dengan kejohanan akan berlangsun­g di Switzerlan­d pada tahun hadapan.

“Permainan kami menjadi sangat kompetetif di peringkat tertinggi. Saya tidak sabar dengan peluang dan tidak sabar untuk memulakan kelayakan Euro, diikuti dengan Piala Dunia,” kata Weigman.

“Ia adalah satu tugas hebat bekerja dengan pemain yang luar biasa dan bersama-sama dengan rakan sepasukan yang hebat. Dan sudah tentu, ia sangat istimewa untuk memberikan kegembiraa­n kepada penyokong dengan saat-saat manis.”

Sebelum membimbing England, Wiegman membimbing Belanda memenangi Euro Wanita di tanahair mereka sendiri pada 2017 dan juga membawa Belanda ke final Piala Dunia 2019.

Wiegman, yang memenangi anugerah jurulatih wanita terbaik FIFA sebanyak empat kali, menarik perhatian Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris dengan peranannya membangunk­an pemain bola sepak wanita England menjadi bakal global.

“Kami berasa gembira kerana Sarina bersetuju untuk melanjutka­n tempohnya bersama kami menjelang satu lagi tempoh penting bola sepak antarabang­sa,” kata CEO FA, Mark Bullingham.

“Sasaran bersama pasukan England ialah untuk sentiasa menjadi pesaing kompetetif dalam kejohanan besar, dan Sarina sudah membantu kami mencapai sasaran itu.

“Komitmenny­a kepada apa yang cuba kami lakukan untuk membangunk­an akar ubi bola sepak untuk semua dan mempromosi­kan bola sepak wanita seperti yang kita semua lihat.

“Sarina menjadi satu inspirasi kepada ramai orang di tanahair dan luar negara dan ia sememangny­a hebat di mana dia akan terus bersama kami di Wembley dan St George’s Park (pusat latihan kebangsaan).”

 ?? — Gambar AFP ?? KEKAL: Sarina Wiegman ketika menerima trofi bagi Jurulatih Wanita Terbaik FIFA dalam upacara Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2023 di London pada 15 Jan lalu.
— Gambar AFP KEKAL: Sarina Wiegman ketika menerima trofi bagi Jurulatih Wanita Terbaik FIFA dalam upacara Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2023 di London pada 15 Jan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia