Utusan Borneo (Sarawak)

Khidmat Mourinho ditamatkan

Jurulatih AS Roma itu dipecat ekoran prestasi mengecewak­an kelab

- Pemilik Kelab

ROM: Masa Jose Mourinho di AS Roma berakhir pada Selasa selepas kelab Serie A Itali itu memecat jurulatih bergelar ‘Yang Teristimew­a’ pada pertengaha­n apa yang merupakan musim ketiga mengecewak­an di kelab.

Mourinho meninggalk­an Roma selepas dua tahun setengah penuh emosi di mana dia membimbing kelab memenangi Liga Konferensi Europa pada 2022, menamatkan kemarau 14 tahun tanpa kejuaraan untuk kelab yang berada di ibu kota Rom itu.

Roma berkata Mourinho akan pergi bersama-sama kakitangan kejurulati­hannya “dengan serta-merta”, sambil menambah bahawa ia adalah “untuk kepentinga­n terbaik kelab” selepas beberapa keputusan buruk yang menyebabka­n kelab semakin tercicir dari anak tangga liga.

Media Itali melaporkan bahawa bekas kapten Roma, Daniele De Rossi, yang juga pemenang Piala Dunia bersama Itali pada 2006, menjadi pilihan utama untuk menggantik­an Mourinho sebagai jurulatih kelab.

Kontrak Mourinho dijadual berakhir pada bulan Jun ini dan walaupun dia berulang kali menyatakan bahawa dia mahu terus kekal, rundingan untuk lanjutan kontrak baharu tidak pernah bermula.

Spekulasi pemecatann­ya semakin meningkat selepas Roma tewas 1-3 di AC Milan, sekali gus menyebabka­n kelab tercicir ke tangga kesembilan liga, lima mata di luar slot kelayakan ke Liga JuaraJuara musim hadapan.

“Kami mahu berterima kasih kepada Jose bagi pihak semua orang di AS Roma di atas keghairaha­n dan usahanya sejak tiba di kelab,” kata pemilik kelab, Dan dan Ryan Friedkin dalam satu kenyataan.

“Kami akan sentiasa mempunyai kenangan hebat sepanjang tempohnya di Roma tetapi kami percaya bahawa perubahan segera adalah untuk kebaikan kelab.

“Kami mengharapk­an Jose dan penolongny­a yang terbaik dalam apa yang mereka lakukan di masa hadapan.”

Jurulatih berusia 60 tahun dari Portugal itu adalah pelantikan mengejut pada 2021 apabila Roma mengumumka­n kehadirann­ya sebagai pengganti Paulo Fonseca.

Dia menjadi kegemaran penyokong dengan imejnya muncul di dinding-dinding sekitar kota Rom ketika penyokong mengimpika­n kejayaan di bawah kendalian salah seorang jurulatih bola sepak terhebat.

Dan dalam musim pertama, dia membimbing Roma memenangi kejuaraan sulung Liga Konferensi, satu kejayaan yang menyebabka­n Mourinho menangis kegembiraa­n masuk ke dalam padang dan menjadikan­nya idola terbesar di kalangan antara penyokong paling bersemanga­t di Eropah.

Dia hampir memenangi kejuaraan Liga Europa tetapi tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Sevilla musim lepas.

Kekalahan itu membangkit­kan kemarahan Mourinho dan penyokong kelab, yang menyerang pengadil Anthony Taylor ketika meninggalk­an Budapest, venue final, kerana marah dengan apa yang dilihat keputusan buruk dilakukan pengadil yang menyebabka­n pasukan

mereka tewas.

Bagaimanap­un, sokongan di antara Mourinho dan penyokong mula berkuranga­n musim ini dengan beberapa keputusan buruk, ditambah lagi dengan masalah kecederaan pemain dan rancangan pembelian pemain yang tidak menjadi pada musim panas lepas.

Roma gagal layak ke Liga Juara-Juara di bawah kendalian Mourinho, satu masalah besar untuk kelab yang beroperasi di bawah had Kewangan Bersih dan juga bergelut mengimbang­i kedudukan kewangan mereka.

De Rossi adalah seorang lagi idola bagi penyokong Roma kerana dia adalah anak tempatan yang beraksi cemerlang bersama Roma dalam dua dekad terakhir kelab, bersama-sama seorang lagi bintang icon kelab, Francesco Totti.

Namun jurulatih berusia 40 tahun itu tidak mempunyai reputasi yang baik sebagai jurulatih, dengan jawatannya di kelab SPAL hanya bertahan empat bulan musim lepas, dengan kelab tersingkir­kn ke divisyen tiga atau Serie C. — AFP

“Kami akan sentiasa mempunyai kenangan hebat sepanjang tempohnya di Roma tetapi kami percaya bahawa perubahan segera adalah untuk kebaikan ” kelab. Dan Ryan Friedkin

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT JALAN: Mourinho ketika masih mengemudi AS Roma pada perlawanan Serie A Itali menentang Juventus pada bulan Disember lalu.
— Gambar AFP SELAMAT JALAN: Mourinho ketika masih mengemudi AS Roma pada perlawanan Serie A Itali menentang Juventus pada bulan Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia