Utusan Borneo (Sarawak)

Juventus kejar rapat pendahulu Serie A Itali, Inter dengan kurang dua mata

-

Dusan Vlahovic memastikan Juventus kini kurang dua mata di belakang pendahulu Serie A Itali, Inter Milan apabila menjaringk­an dua gol ketika pasukannya menewaskan Sassuolo 3-0.

Penyerang antarabang­sa Serbia itu menjaringk­an dua gol dengan rembatan jarak jauh dalam separuh masa pertama perlawanan di Stadium Allianz di Turin untuk membantu Juventus meraih kemenangan yang keenam berturut-turut dalam semua pertanding­an dan mengekalka­n tekanan ke atas Inter dalam saingan kejuaraan liga.

Pemain berusia 23 tahun itu meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-15 apabila melakukan rembatan kencang dari hujung kotak penalti, menewaskan penjaga gol Sassuolo, Andrea Consigli.

Dan dia menambah koleksi gol liga kepada sembilan gol,lapan minit sebelum rehat dari satu tendangan percuma cantik dari luar kotak penalti.

Juventus sekali lagi tidak mempamerka­n aksi memberangs­angkan

tetapi Sassuolo juga tidak mencipta cukup peluang sebelum Federico Chiesa melengkapk­an jaringan pada minit ke-89 untuk koleksi gol keenamnya musim ini.

Chiesa sekali lagi bergelut dengan kecederaan musim ini dan baharu kembali dari kecederaan lutut dan dimasukkan menggantik­an Kenan Yildiz pada minit ke-60.

Juventus boleh merampas tangga teratas liga hujung minggu ini apabila bertandang ke Lecce pada Ahad sementara Inter tidak beraksi dalam liga apabila bermain dalam kejohanan mini Piala Super Itali di Riyadh.

Inter akan menentang Lazio di peringkat separuh akhir pada hari ini dan walaupun jika mereka tewas, mereka hanya akan bermain minggu hadapan menentang Atalanta dan sehingga akhir bulan.

Kunjungan ke Fiorentina menyusul selepas Piala Super pada akhir bulan sebelum kunjungan ke Juventus di San Siro pada awal bulan Februari.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Sassuolo di Stadium Allianz di Turin.
— Gambar AFP SENGIT: Babak aksi perlawanan Serie A Itali di antara Juventus dan Sassuolo di Stadium Allianz di Turin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia