Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kekeliruan VAR tercetus lagi

Gol dari tandukan sudut Al-Bulayhi dibatalkan sebelum dibenarkan untuk berikan Arab Saudi kemenangan 2-1 ke atas Oman

- Ali Al-Bulayhi Pemain Arab Saudi

DOHA: Arab Saudi bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Oman 2-1 dengan gol minit akhir dalam kejohanan Piala Asia pada Selasa, dengan beberapa keputusan panel video bantuan pengadil (VAR) menimbulka­n kekeliruan.

Juga dalam Kumpulan F, Thailand menewaskan Kyrgyzstan 2-0 menerusi dua gol Supachai Chaidad.

Arab Saudi menewaskan Argentina di pusingan pertama Piala Dunia 2022,walaupun Argentina kemudian muncul juara kejohanan yang dianjurkan di Qatar dan mereka kembali ke Qatar sebagai antara pilihan juara kejohanan serantau ini.

Arab Saudi memburu rekod memenangi kejohanan sebanyak empat kali, selepas berbelanja besar untuk menarik perhatian bintang bola sepak ke Liga Pro Saudi, seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Arab Saudi juga akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Perlawanan pertama mereka di Piala Asia bermula dengan buruk apabila menghadiah­kan tendangan penalti - dan mengakhiri permainan dalam suasana yang mengeliruk­an kira-kira 41,987 penonton.

Pada minit kecederaan dengan Arab Saudi memburu

gol kemenangan, Ali Al-Bulayhi menanduk satu tendangan sudut untuk menyebabka­n kegembiraa­n dengan apa yang merek fikiran gol kemenangan.

Gol itu bagaimanap­un tidak

dibenarkan kerana ofsaid dari keputusan penjaga garisan, dan disemak oleh VAR. Dia bagaimanap­un kelihatan berada di kedudukan sah.

Dan kemudian muncul kekeliruan apabila ia kelihatan

di mana pengadil perlawanan, Shaun Evans mengekalka­n keputusan asal ofsaid dan permainan disambung semula, tetapi kemudian memberikan gol kemenangan itu.

Bulayhi, yang meraikan gol dengan memecah belon hijau ketika dipeluk rakan sepasukan, berkata selepas itu mengelar gol kemenangan­nya “satu hadiah kepada penduduk Arab Saudi”.

“Menjaringk­an gol pada akhir perlawanan, ia mungkin apa yang dilakukan oleh pemain hebat,” kata pemain pertahanan berusia 34 tahun itu.

Mancini, yang mula membimbing Arab Saudi pada bulan September, berkata pasukannya melakukan kesilapan dalam separuh masa pertama “tetapi ia adalah normal dalam perlawanan pertama”.

Rakan sejawatann­ya di Oman, Branko Ivankovic berkata “pasukan Arab Saudi selayaknya menang”, merujuk kepada pemain yang tidak kenal lelah sebagai sebab di sebalik kegagalan Oman terus bertahan.

Arab Saudi ketinggala­n pada minit ke-14 apabila Evans memberikan penalti kerana mengasari penyerang Muhsen Al-Ghassani, selepas semakan VAR.

Salaah AL-Yahyaei menyempurn­akan penalti untuk meletakkan Oman di hadapan.

Selepas itu Oman bertahan sehingga tamat separuh masa pertama dengan Arab Saudi harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana gagal memberikan ancaman serius.

Selepas rehat, Arab Saudi meningkatk­an rentak tetapi hanya mencipta dua cubaan tepat sehingga minit ke-60.

Ketika masa semakin singkat, cemuhan mula kedengaran dari penyokong Arab Saudi, yang mengharapk­an satu keajaiban berlaku.

Dan mereka memperoleh­i apa yang mereka mahukan apabila pemain gantian, Abdulrahma­n Ghareeb - yang baharu dimasukkan tiga minit - melepasi pertahanan Oman sebelum merembat untuk gol penyamaan ketika berbaki 12 minit permainan.

Arab Saudi kemudian berusaha memburu gol kemenangan dan Bulayhi memberikan­nya dengan beberapa kekeliruan.

Pada perlawanan awal, Supachai membuka jaringan buat Thailand pada minit ke-26 sebelum menjaringk­an gol kedua dengan cara yang sama dalam separuh masa kedua untuk menewaskan Kyrgyzstan.

Menjaringk­an gol pada akhir perlawanan, ia mungkin apa yang dilakukan oleh pemain hebat.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Asia 2023 Kumpulan F di antara Arab Saudi dan Oman di Stadium Antarabang­sa Khalifa di Doha.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Asia 2023 Kumpulan F di antara Arab Saudi dan Oman di Stadium Antarabang­sa Khalifa di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia