Utusan Borneo (Sarawak)

West Ham tersingkir dari Piala FA selepas diaibkan 0-1 oleh Bristol

-

West Ham United dikejutkan oleh kelab Liga Kejuaraan, Bristol City 1-0 dalam aksi Piala FA Inggeris sementara Newport County menempah pertemuan impian pusingan keempat menentang Manchester United.

Tommy Conway menjaringk­an gol tunggal kemenangan Bristol di Ashton Gate seawal minit ketiga untuk memastikan penantian 44 tahun West Ham untuk menjulang trofi Piala FA akan berterusan satu tahun lagi.

Conway, yang turut menjaringk­an gol yang membawa kepada pada perlawanan ini, menerima satu umpanan Konstanitn­os Mavropanos dan mengelecek penjaga gol Lukasz Fabianski sebelum menolak bola ke pintu gol yang terbuka luas.

“Saya sudah datang ke sini sejak berusia tujuh tahun dan untuk menjaringk­an gol kemenangan adalah luar biasa sekali,” kata Conway.

“Ia adalah penonton terhebat yang saya lihat sejak sekian lama dan untuk memastikan mereka pulang dengan kegembiraa­n adalah sesuatu yang hebat.”

West Ham kehilangan ancaman dari dua bintang utama yang mengalami kecederaan, Jarrod Bowen dan Lucas Paqueta sementara Mohammed Kudus beraksi bersama Ghana dalam kejohanan Piala Negara Afrika.

West Ham beraksi hampir sepanjang separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Said Benrahma dibuang padang kerana menyerang balas kekasaran Joe Williams.

Tomas Soucek hampir memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan apabila rembatanny­a berjaya ditepis penjaga gol Max O’Leary.

Di pusingan keempat, Bristol akan bertemu sama ada Blackpool atau Nottingham Forest.

Perlawanan lain menyaksika­n kelab Liga Dua, Newport, menamatkan pengembara­an kelab amatur, Eastleigh dengan kemenangan 3-1, sekali gus menempah pertemuan menentang Manchester United pada 28 Januari depan.

Pengurus Brentford, Thomas Frank mendapat apa yang dia tidak mahukan apabila pemainnya dipaksa beraksi sehingga masa tambahan sebelum tewas 2-3 kepada Wolves.

Frank mempersoal­kan keperluan perlawanan ulangan ketika kedua-dua pasukan menyaksika­n rehat musim sejuk kelab dipendekka­n dengan perlawanan tambahan ini.

Brentford mendahului dua kali menerusi gol bekas pemain pertahanan Wolves, Nathan Collins dan Neal Maupay.

Tetapi Nelson Semedo dan Nathan Fraser mengikat kedudukan buat Wolves sebelum penalti Matheus Cunha dalam masa tambahan memastikan kemenangan Wolves.

Di pusingan seterusnya, Wolves akan menentang kelab jiran, West Brom.

Luton bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Bolton sementara Birmingham juga bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Hull City 2-1. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Bristol City dan West Ham Utd di Stadium Ashton Gate di Bristol.
— Gambar AFP SENGIT: Babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Bristol City dan West Ham Utd di Stadium Ashton Gate di Bristol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia