Utusan Borneo (Sarawak)

Mali menang 2-0 ke atas Afrika Selatan

- — AFP

Hamari Traore dan Lassine Sinayoko menjaringk­an gol dalam tempoh enam minit dalam separuh masa kedua untuk memastikan Mali menang 2-0 ke atas Afrika Selatan, yang gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti dalam aksi Kumpulan E bagi kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) pada Selasa.

Percy Tau melihat tendangan penaltinya tersasar dalam separuh masa pertama perlawanan dan ia menjadi kegagalan terbesar apabila Mali menjaringk­an dua gol dalam separuh masa kedua.

Kemenangan meletakkan Mali di tangga teratas kumpulan dengan perbezaan gol berbanding Namibia, yang mengejutka­n Tunisia 1-0 pada perlawanan lain dari kumpulan yang sama.

Ia adalah kemenangan bersejarah yang pertama buat Namibia, yang tewas dan seri kepada sebuah lagi pasukan gergasi bola sepak Afrika,

Cameroon, dalam kempen kelayakan untuk kejohanan ini.

Deon Hotto menjaringk­an gol tunggal kemenangan dalam aksi Kumpulan E ketika berbaki dua minit permainan untuk menjadikan enam keputusan mengejut dari 10 perlawanan setakat empat hari kejohanan.

Mali sudah menjadi pasukan badi buat Afrika Selatan selepas dua kali tersingkir di peringkat suku akhir dalam pertemuan terakhir keduadua pasukan di AFCON.

Mali hampir memenangi AFCON pada penampilan sulung mereka dalam tahun 1972 apabila melangkah ke final sebelum tewas 2-3 kepada Kongo Brazzavill­e di Yaounde.

Afrika Selatan beraksi lebih baik dalam penampilan pertama mereka 24 tahun kemudian, menewaskan Tunisia 2-0 di final tetapi belum lagi muncul juara dalam sembilan penampilan seterusnya.

Ketika Mali tidak mempunyai pemain dari liga tempatan dalam kesebelasa­n utama, Afrika Selatan menurunkan sembilan pemain liga tempatan termasuk tujuh dari kelab gergasi domestik, Mamelodi Sundows.

Penonton yang kebanyakka­nnya penyokong Mali dalam stadium dengan kapasiti 20,000 tempat duduk di utara Ivory Coast itu menyaksika­n perlawanan yang menarik dari awal sehingga ke akhir.

Afrika Selatan mensiasiak­an peluang membuka jaringan pada minit ke-19 apabila Tau menendang tinggi penalti, yang diberikan selepas semakan panel video bantuan pengadil (VAR)yang menyaksika­n Sikou Niakate menyiku Evidence Makgopa selepas Aubrey Modiba melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti.

Afrika Selatan hampir dihukum lebih awal dari kegagalan menyempurn­akan penalti apabila Sinayoko melihat cubaannya ditepis penjaga gol,Ronwen Williams.

Beberapa pemain pertahanan Afrika Selatan gagal mengeluark­an bola dari bahaya, membolehka­n Sinayoko mencuri ruang namun Williams keluar awal dari posisinya untuk menepis cubaan.

Mali boleh membuka jaringan tidak lama selepas rehat tetapi rembatan Amadou Haidara liar walaupun hanya perlu menewaskan Williams.

Bagaimanap­un, Mali akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-60 dari satu tendangan bola muntah oleh Traore.

Sekou Koita melihat tendangan percumanya ditepis Williams tetapi bola sampai ke kaki Traore yang bertindak pantas menolak bola muntah ke pintu gol.

Enam minit kemudian, Mali menambah jaringan apabila Sinayoko menunjukka­n kekuatan fizikalnya untuk menangani asakan Siyanda Xulu sebelum merembat bola dari jarak dekat.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Pertemuan di antara Mali dan Afrika Selatan dalam aksi Piala Negara Afrika Kumpulan E di Stadium Amadou Gon Coulibaly di Korhogo.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Pertemuan di antara Mali dan Afrika Selatan dalam aksi Piala Negara Afrika Kumpulan E di Stadium Amadou Gon Coulibaly di Korhogo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia