Utusan Borneo (Sarawak)

Autonomi alam sekitar masih dirunding

Proses rundingan dinamik kerana melibatkan banyak perkara terutama undang-undang: Len

- Oleh Agnes Tugong

Tuntutan Sarawak dan Sabah bagi pemindahan autonomi alam sekitar daripada kerajaan pusat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam proses rundingan.

Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, proses rundingan adalah dinamik kerana melibatkan banyak perkara terutama undang-undang.

“Kita sudah capai beberapa perkara daripada rundingan ini dan ada beberapa perkara lain yang perlu diselesaik­an sebelum diputuskan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Dialog Alam Sekitar Ke-7 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak - Jabatan Perlindung­an Alam Sekitar (EPD) Sabah di Hotel Imperial di sini, semalam.

Tambah Len yang juga Timbalan Pengerusi NREB, tiada tempoh masa diberikan kepada rundingan autonomi alam sekitar itu kerana ia sangat rumit terutama dari aspek perundanga­n.

Rundingan katanya, bukan sahaja melibatkan satu kementeria­n tetapi banyak kementeria­n lain yang berkaitan dengan alam sekitar.

“Tetapi kita mulakan dengan perkara yang paling mudah dahulu, pentadbira­n misalnya,” katanya.

Ujar Len lagi, jika autonomi alam sekitar dipindahka­n kepada Sarawak dan Sabah, semua perkara berkaitan alam sekitar akan diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.

Bagaimanap­un kata Len, ada juga perkara seperti kewangan misalnya, masih lagi di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Len juga memberitah­u akan ada mesyuarat seterusnya dengan Timbalan Premier Dato Sri Fadillah Yusof berhubung autonomi alam sekitar itu kelak, tanpa memaklumka­n bila dan di mana.

Terdahulu, semasa berucap merasmikan penutupan dialog tersebut, Len berkata usaha proaktif Sarawak dan Sabah dibantu NREB dan EPD memastikan kejayaan pemindahan autonomi.

Pemindahan autonomi katanya, penting untuk membolehka­n keduadua negeri mengimbang­i kemajuan ekonomi dan memulihara ekologi menerusi pengurusan sumber bertanggun­gjawab.

Bercakap mengenai dialog tersebut, Kontroller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam berkata ia merupakan siri dialog ketujuh antara NREB dan EPD.

Matlamat utama dialog itu katanya, adalah untuk mewujudkan platform dinamik bagi kedua-dua agensi bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan isu alam sekitar.

Sebanyak lapan kertas kerja dibentangk­an semasa dialog tersebut diikuti empat sesi perbincang­an berkumpula­n antara pegawai NREB dan EPD selain turut mengadakan lawatan ke CHITOSE Carbon Capture Centre Sarawak dan Zhen Hak Ann Tyres Recyles Sdn Bhd.

 ?? ?? TANDA PENGHARGAA­N: Len (tengah) menerima bonsai daripada Jack (dua kiri) dan Pengarah EPD Sabah, Vitalis J. Moduying (dua kanan) pada majlis penutupan Dialog Alam Sekitar Ke-7 NREB Sarawak - EPD Sabah di Kuching, semalam.
TANDA PENGHARGAA­N: Len (tengah) menerima bonsai daripada Jack (dua kiri) dan Pengarah EPD Sabah, Vitalis J. Moduying (dua kanan) pada majlis penutupan Dialog Alam Sekitar Ke-7 NREB Sarawak - EPD Sabah di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia