Utusan Borneo (Sarawak)

82 warga asing ditahan disyaki bekerja tanpa pas sah di Miri

Penahanan dibuat pihak imigresen dalam Ops Gegar dan Ops Sapu

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Seramai 82 warga asing ditahan selepas disyaki bekerja tanpa pas yang sah dalam dua siri operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di beberapa premis di sekitar bandar raya Miri di sini pada Selasa.

Menerusi catatan di laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak malam kelmarin, tangkapan ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dibuat menerusi operasi dinamakan Ops Gegar dan Ops Sapu oleh sepasukan anggota Unit Penguatkua­sa Imigresen (UPI) bahagian Miri.

“Fokus utama operasi UPI Miri kali ini terarah kepada pusat-pusat refleksolo­gi, premis-premis hiburan dan restoran yang disyaki menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah.

“Bertindak atas maklumat yang diberikan, melalui Ops Gegar di lokasi-lokasi sasaran tersebut, seramai 47 individu telah diperiksa di mana 32 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Secara keseluruha­nnya melalui Ops Gegar dan Ops Sapu, seramai 97 individu

Secara keseluruha­nnya melalui Ops Gegar dan Ops Sapu, seramai 97 individu telah diperiksa di mana 82 warga asing telah ditahan.

telah diperiksa di mana 82 warga asing telah ditahan,” menurut catatan tersebut.

Sehubungan itu, kesemua tahanan warga asing tersebut ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia turut

merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada orang ramai yang memberikan maklumat bagi memastikan kedaulatan undang-undang di Malaysia sentiasa terpelihar­a.

Orang ramai dialu-alukan menyalurka­n aduan mengenai PATI melalui e-mel aduanpati_hq@imi.gov.my, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dengan melayari https://imi.spab. gov.my atau hubungi talian aduan 03-88801347.

Catatan di laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

 ?? — Gambar Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak ?? SERBU: Jabatan Imigresen Malaysia sedang melakukan pemeriksaa­n terhadap pekerja warga asing di salah sebuah premis di Miri.
— Gambar Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak SERBU: Jabatan Imigresen Malaysia sedang melakukan pemeriksaa­n terhadap pekerja warga asing di salah sebuah premis di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia