Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam wanita rugi RM17,000 gara-gara ditipu

-

Seorang penjawat awam wanita telah melaporkan mengalami kerugian sebanyak RM17,000 setelah dipercayai menjadi mangsa penipuan.

Pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Benedict Faris Jimoy berkata, laporan berkaitan kejadian tersebut telah dilaporkan mangsa kepada pihak polis di Balai Polis Pusat Sarikei, kelmarin.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an terdahulu telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya ‘anggota polis’ dari Semenanjun­g Malaysia.

“Dalam panggilan tersebut, ‘polis’ tersebut telah mengatakan mangsa ada terlibat dengan kes jenayah iaitu pengiriman barang yang

menyalahi undang-undang.

“Mangsa telah diarahkan untuk membuat bayaran untuk menyelesai­kan kes tersebut,” kata Benedict dalam kenyataan kepada media, semalam.

Menurut Benedict, mangsa yang dipercayai terperdaya telah membuat beberapa transaksi pindahan wang.

Tambah Benedict, setelah melakukan transaksi pindahan wang mangsa turut memaklumka­n kejadian tersebut kepada suaminya.

“Suami mangsa telah memakmumka­n kepada mangsa bahawa beliau (mangsa) telah ditipu.

“Menyedari dirinya telah ditipu, beliau kemudianny­a datang ke Balai Polis Sarikei untuk buat laporan polis dan kes ini sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan sebat serta juga didenda,” ujar Benedict lagi.

 ?? ?? BENEDICT
BENEDICT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia