Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh ditahan gara-gara jual rokok, minuman keras tanpa cukai di Miri

-

Enam warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan di sebuah premis di sini petang Isnin lalu kerana disyaki terlibat dengan penjualan rokok dan minuman beralkohol tanpa cukai.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek-suspek terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita warga asing serta seorang lelaki tempatan, berusia dalam lingkungan 20 hingga 41 tahun.

“Operasi dinamakan Ops Kontraban ini dijalankan kirakira jam 3 petang oleh Pasukan Wildlife Crime Bereau/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Bukit Aman bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas premis tersebut, polis telah merampas pelbagai minuman beralkohol dan rokok pelbagai jenama disyaki tanpa cukai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini malam kelmarin.

Sehubungan itu, Alexson berkata kesemua suspek yang terlibat kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk

siasatan lanjut.

“Kes ini diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah untuk siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan juga Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alexson menasihatk­an orang ramai agar tidak terlibat atau bersubahat dalam aktiviti pembelian dan

penjualan barangan tanpa cukai.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan ini.

“Orang awam dinasihatk­an untuk mendapatka­n bekalan daripada pengedar yang sah serta melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigak­an kepada pihak polis,” nasihatnya.

 ?? ?? OPERASI: Rokok pelbagai jenama disyaki tanpa cukai dirampas polis semasa pemeriksaa­n ke premis terbabit.
OPERASI: Rokok pelbagai jenama disyaki tanpa cukai dirampas polis semasa pemeriksaa­n ke premis terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia