Utusan Borneo (Sarawak)

Miliki RM7,860 secara tidak sah dalam akaun, remaja perempuan kena bon berkelakua­n baik

-

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dikenakan bon berkelakua­n baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret semalam selepas mengaku bersalah memiliki RM7,860 secara tidak sah di dalam akaun bank miliknya.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap remaja beralamatk­an di Kuala Lumpur terbabit setelah meneliti fakta dan keterangan kes, selain mendengar laporan sosial yang dikemukaka­n oleh

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank di sini pada 8 Ogos 2023 dan seterusnya didakwa mengikut Seksyen 37(1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atau denda RM500.

Berdasarka­n keterangan kes, seorang lelaki berusia 23 tahun (pengadu) berminat dengan iklan pinjaman wang melalui laman sosial Web

Ringgit Plus dan seterusnya mengisi maklumat seperti nama, e-mel serta nombor telefon dalam laman sesawang tersebut.

Pengadu kemudian mendapat pesanan daripada nombor tidak dikenali yang mengenalka­n diri sebagai Jard dari pihak bank dengan menawarkan pinjaman peribadi sebanyak RM30,000.

Pengadu yang berminat dengan tawaran itu diarahkan untuk membuat bayaran sebanyak RM7,860 ke dalam akaun bank atas nama tertuduh. Bagaimanap­un setelah bayaran dibuat, pengadu masih tidak menerima sebarang wang pinjaman.

Pengadu yang berasa dirinya ditipu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a.

Difahamkan, tertuduh telah menyewakan kad ATM miliknya kepada seseorang untuk mendapatka­n wang.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia