Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Dayak di Kem Penrissen dirasmikan

-

KUCHING: Pasar Dayak di Kem Penrissen dirasmikan semalam selepas kerja-kerja menaik taraf siap sepenuhnya pada 15 Disember lalu.

Majlis perasmian Pasar Dayak tersebut telah disempurna­kan oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

Mohd Sofi dalam ucapan perasmiann­ya memberitah­u pelaksanaa­n Pasar Dayak adalah sebahagian usaha untuk meningkatk­an kualiti dan kesejahter­aanwargaPe­merintahan Medan Timur Tentara Darat (PMTTD).

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubunganan­tararakyat­dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Program ini mendukung Teras Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu ‘Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawan­an’ yang mengambil kira kesejatera­an warga Tentera Darat dan Teras

Keempat ‘Gagasan Tentera dan Rakyat’ yang menitikber­atkan kerjasama dan hubungan erat antara tentera dan warga awam,” katanya.

Difahamkan kerja-kerja menaik taraf Pasar Dayak tersebut bermula sejak 24 Ogos 2023 dengan kos keseluruha­n berjumlah RM922,527.

“Pelaksanaa­n kerja-kerja menaik taraf ini melibatkan penggantia­n keseluruha­n struktur bangunan pasar, pembinaan tandas, naik taraf rumah sampah, naik taraf jalan dan pembinaan kawasan meletak kenderaan serta landskap sekitar bangunan,” katanya.

Pelaksanaa­n kerja naik taraf Pasar Dayak di Kem Penrissen ini juga adalah demi meningkatk­an keselesaan pengunjung dan peniaga.

Seramai 400 pengunjung yang terdiri daripada anggota tentera dan keluarga di sekitar zon Kuching telah hadir bersama bagi memeriahka­n majlis perasmian tersebut.

 ?? ?? KUNJUNGI: Mohd Sofi bersama isterinya melawat gerai yang ada di Pasar Dayak Kem Penrissen semalam.
KUNJUNGI: Mohd Sofi bersama isterinya melawat gerai yang ada di Pasar Dayak Kem Penrissen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia