Utusan Borneo (Sarawak)

MIPD tubuh jawatankua­sa teliti isu selenggara jalan, feri

Penubuhan Jawatankua­sa Pemantauan Infrastruk­tur dan Aset selaras prinsip tadbir urus yang baik dan integriti: Uggah

-

KUCHING: Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) akan menubuhkan jawatankua­sa untuk menyelia cabaran yang dihadapi dalam penyelengg­araan jalan, termasuk lintasan feri.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penubuhan Jawatankua­sa Pemantauan Infrastruk­tur dan Aset adalah selaras dengan usaha kementeria­n dalam menegakkan prinsip tadbir urus yang baik dan integriti bagi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an yang cemerlang.

“Saya telah memberi tugas kepada timbalan menteri saya (Datuk Aidel Lariwoo) untuk menubuhkan Jawatankua­sa Pemantauan Infrastruk­tur dan Aset yang akan memantau dengan teliti sebarang cabaran dan isu yang dihadapi dalam penyelengg­araan jalan, termasuk feri.

“Feri adalah satu lagi cabaran yang kita hadapi, terutamany­a pada musim tengkujuh ini,” kata Uggah, yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan.

Beliau berkata, jawatankua­sa itu diberi mandat untuk menghasilk­an laporan prestasi pertamanya dalam tempoh enam bulan, khususnya menjelang Jun selepas Gawai Dayak.

“(Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Datu) Richard Tajan akan membentang­kan kepada kami laporan itu, dan mesyuarat seterusnya dengan semua penyedia perkhidmat­an akan diadakan untuk meneliti penemuan itu.

“Kami komited untuk memantau dengan teliti prestasi kontraktor, dan seperti yang ditegaskan oleh pengarah sebelum ini, amaran akan dikeluarka­n jika perlu.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana

kontraktor yang didapati bertindak tidak bertanggun­gjawab,” tegasnya pada Malam Gala Penyelengg­araan Jalan Negeri JKR Sarawak yang

julung kali diadakan di sini, malam kelmarin.

Uggah turut melancarka­n Sistem Pengurusan Perisikan Jalan Raya (PRIMS), sebuah

aplikasi mudah alih yang bertujuan memacu kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an.

“Saya harap ia cukup bijak untuk memberikan maklum balas yang kami perlukan. Ini bagi mengenal pasti transforma­si digital untuk memacu kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat.

“Saya juga ingin menggesa dan menggalakk­an semua orang untuk terus berkembang dan meneroka cara untuk meningkatk­an perkhidmat­an melalui penyelesai­an inovatif dan kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan generatif,” katanya.

Beberapa anugerah telah disampaika­n semasa majlis itu kepada penyedia perkhidmat­an bagi tahun 2022 dan 2023 di bawah Kontrak Berasaskan Prestasi bagi Pengurusan Jangka Panjang dan Penyelengg­araan Jalan Negeri di Sarawak dan Anugerah Keadaan Jalan Bahagian kepada Pejabat JKR Bahagian.

“Saya telah memberi tugas kepada timbalan menteri saya (Datuk Aidel Lariwoo) untuk menubuhkan Jawatankua­sa Pemantauan Infrastruk­tur dan Aset yang akan memantau dengan teliti sebarang cabaran dan isu yang dihadapi dalam penyelengg­araan jalan, ” termasuk feri. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? LANCAR: Uggah melancarka­n PRIMS pada Malam Gala Penyelengg­araan Jalan Negeri JKR Sarawak, malam kelmarin. Turut kelihatan Aidel (dua kanan).
— Gambar Chimon Upon LANCAR: Uggah melancarka­n PRIMS pada Malam Gala Penyelengg­araan Jalan Negeri JKR Sarawak, malam kelmarin. Turut kelihatan Aidel (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia