Utusan Borneo (Sarawak)

Lee derma kira-kira RM100,000 hasil jualan buku autobiogra­fi

-

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye telah menderma kira-kira RM100,000 kepada pertubuhan kebajikan hasil penjualan buku autobiogra­finya bertajuk ‘Aura Lee Lam Thye – Kisah Sebenar Tokoh Masyarakat Terbilang’ yang diterbitka­n pada Jun 2022.

“Setakat ini, saya telah menderma kira-kira RM100,000 kepada pertubuhan amal di Semenanjun­g Malaysia, termasukla­h kepada Yayasan Kasih Hospis (KHF), Persatuan Pure Life dan Persatuan Orang Buta Malaysia.

“Untuk hasil sumbangan ini, saya telah menampung perbelanja­an mereka yang membantu menghasilk­an buku ini dan keuntungan­nya disalurkan kepada badan kebajikan,” katanya pada sesi perkongsia­n dan sesi autograf buku yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

‘Aura Lee Lam Thye – Kisah Sebenar Tokoh Masyarakat Terbilang’ yang terdapat dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil, menggambar­kan perjalanan hidup beliau sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada usia 23 tahun, kerja, minat dan sumbangann­ya kepada pembanguna­n negara.

Lee, 77, berkata, buku ini diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia terutamany­a golongan belia untuk berkhidmat kepada

masyarakat dengan cara yang boleh dan dalam kapasiti mereka sendiri, terutamany­a melalui kerja-kerja sukarela atau amal.

“Semakinram­aiorangmem­beli buku ini, lebih banyak saya boleh menderma kepada badan amal.

“Terdapat begitu banyak pertubuhan amal yang memerlukan sumbangan di Semenanjun­g Malaysia,” katanya kepada para tetamu pada sesi tersebut.

Sesi berkenaan dihoskan oleh Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Tan Sri Lee Lam Thye kerana berkongsi perjalanan­nya dengan kita semua malam ini.

“Saya sudah lama mengenalin­ya.

Beliau seorang ahli politik yang sangat merendah diri, sangat mudah didekati, sangat dihormati. Peristiwa semasa beliau bersama pembangkan­g, beliau tidak pernah mengkritik demi kritikan,” ujar Ting.

Ting juga berharap agar lebih ramai orang boleh membaca buku ini dan mendapat inspirasi daripada autobiogra­fi Lee.

“Semoga tahun ini atau tahun depan, apabila kami sudah membaca buku ini, kita boleh mengalu-alukan anda (Lee) kembali untuk sesi perkongsia­n lain dan bercakap tentang perjalanan anda dalam buku ini,” katanya lagi.

Sementara itu, sesi yang diadakan menyaksika­n ramai pembaca mengambil peluang membeli buku tersebut dan ditandatan­gani sendiri oleh penulis.

 ?? ?? PELUANG: Lee menandatan­gani buku autobiogra­finya yang dibeli oleh salah seorang pengunjung sambil disaksikan Ting (belakang kanan).
PELUANG: Lee menandatan­gani buku autobiogra­finya yang dibeli oleh salah seorang pengunjung sambil disaksikan Ting (belakang kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia