Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Sarikei anjur program Hari Bersama Pelanggan

-

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei menganjurk­an program Hari Bersama Pelanggan dalam usaha menambah baik hubungan dengan orang awam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei DSP Benedict Faris Jimoy berkata program tersebut diadakan berdekatan pasar raya Everwin, Jalan Abdul Rahman, di sini dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari yang turut disertai pegawai kanan dan pegawai rendah polis IPD Sarikei.

Menurutnya, melalui program tersebut, pihaknya dapat memupuk dan menyemai semangat persefaham­an di antara polis dengan masyarakat dalam mengekalka­n keamanan dan kententera­man awam di daerah tersebut.

“Kita turut membuka kaunter dengan memberi perkhidmat­an kepada orang awam dalam bentuk penerimaan seperti aduan, laporan polis serta maklum balas daripada orang ramai terhadap mutu perkhidmat­an IPD Sarikei.

“Kita juga memberi peluang kepada masyarakat setempat di bawah pentadbira­n IPD Sarikei untuk bertemu dengan pegawain dan anggota IPD Sarikei,” katanya menerusi satu kenyataan kelmarin.

Tambahnya, program tersebut juga dapat memberi peluang kepada polis menerangka­n kes-kes yang sering berlaku di sekitar daerah tersebut serta caracara pencegahan.

“Selain itu, kita juga melakukan ‘omnipresen­ce’ di kawasan tumpuan masyarakat dalam masa sama mewujudkan suasana selamat,” katanya.

Di samping itu, Skuad Aman Wanita (AMANITA) IPD Sarikei turut meluangkan masa memberikan penerangan mengenai pencegahan jenayah terhadap wanita.

“AMANITA memberi penerangan ringkas kepada orang awam berkaitan dengan pencegahan jenayah yang melibatkan kaum wanita seperti gangguan seksual, keganasan rumah tangga, ragut, pecah rumah dan penipuan dalam talian,” katanya.

Benedict memberitah­u, pihaknya akan mengadakan lagi program seumpama itu pada masa akan datang.

 ?? ?? KEHADIRAN: Benedict (dua kanan) bersama pegawai kanan IPD Sarikei melakukan ‘omnipresen­ce’.
KEHADIRAN: Benedict (dua kanan) bersama pegawai kanan IPD Sarikei melakukan ‘omnipresen­ce’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia