Utusan Borneo (Sarawak)

Michelle Toh dinobat ‘Akademia Wanita Terbaik’ pada ‘JCI Malaysia Area Sarawak Academy’

-

Presiden Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Miri Michelle Toh telah dinobatkan sebagai ‘Akademia Wanita Terbaik pada acara ‘JCI Malaysia Area Sarawak Academy’ yang berlangsun­g di sebuah hotel di sini.

Menurut jurucakap JCI Miri, anugerah itu berdasarka­n beberapa kriteria seperti penyertaan aktif, pengetahua­n tentang gerakan belia dan keusahawan­an, kepintaran dan juga usaha berpasukan.

“Pengiktira­fan itu adalah bukti kepimpinan cemerlang Presiden Michelle Toh dan dedikasi terhadap pembanguna­n peribadi dan profesiona­l,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, acara itu telah menghimpun­kan seramai 76 peserta yang mewakili pelbagai bahagian JCI dari seluruh negara dan ia diadakan bertujuan menyediaka­n platform yang lebih luas untuk pembelajar­an, kerjasama dan pembanguna­n kepimpinan.

“Ia juga menggalakk­an hubungan kerjasama di

antara ahli lembaga pengarah bahagian JCI tempatan yang lain, pertukaran pengurusan, perbincang­an tentang perkara yang berkaitan dengan sumbangan kepada masyarakat dan aspek berkaitan matlamat pembanguna­n mampan (SDG).

Turut mewakili JCI Miri pada majlis itu ialah naib presiden eksekutif Tommy Ling, naib presiden bagi hal ehwal antarabang­sa Valeris Seo, setiausaha­nya Stevenson Tan, pengarah suruhanjay­a

Chelsea Lowrance dan bekas presiden Candy Yong.

Pelbagai program turut diadakan termasuk bengkel, seminar dan sesi interaktif khas untuk meningkatk­an kemahiran kepimpinan dan memupuk semangat perubahan positif.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua kerana sudi melibatkan diri dan membina hubungan yang berkekalan dalam komuniti JCI Malaysia,” ujar beliau lanjut.

 ?? ?? TERBAIK: Michelle (tiga kanan) bergambar bersama para wakil JCI Miri pada acara JCI Malaysia Area Sarawak Academy di Miri.
TERBAIK: Michelle (tiga kanan) bergambar bersama para wakil JCI Miri pada acara JCI Malaysia Area Sarawak Academy di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia