Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik di Nanga Bangkit, Nanga Tekalit perlu dibaik pulih

Kedua-duanya dibina menggunaka­n kayu, naik taraf perlu dilaksana segera agar beri perkhidmat­an lebih baik: Lidam

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan berharap projek membaik pulih klinik kesihatan di Nanga Bangkit dan Nanga Tekalit dapat dimulakan segera.

Lidam berkata, keduadua klinik berkenaan adalah bangunan lama yang dibina menggunaka­n kayu.

Justeru tegasnya, kerjakerja menaik taraf kedua-dua bangunan klinik kesihatan terbabit wajar dilakukan segera kerana kebanyakan kayu sudah reput.

“Fizikal bangunan yang dibina menggunaka­n kayu banyak telah reput dan sememangny­a tidak menepati sasaran kerajaan dalam menyampaik­an perkhidmat­an terbaik terutama memberikan keselesaan kepada rakyat

yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, Lidam berharap Kementeria­n Kesihatan Malaysia

(KKM) membekalka­n lebih kemudahan seperti menyediaka­n kuarters kediaman, akses Internet dan juga ambulans sungai iaitu perahu

panjang untuk kegunaan kecemasan.

“Kita juga memohon supaya sistem solar dipasang di Klinik Kesihatan Nanga

Chemanong serta kemudahan lain berkaitan bagi menjamin rawatan kesihatan,” ujarnya.

Katanya, Kerajaan Perpaduan menerusi KKM perlu memberi penekanan terhadap meningkatk­an kapasiti kemudahan perkhidmat­an kesihatan bagi memastikan akses kepada kemudahan kesihatan yang sama rata terutama bagi penduduk di luar bandar.

Ia juga selari dengan reformasi yang dilaksanak­an dalam tempoh 15 tahun melalui anjakan utama pengukuhan perkhidmat­an penjagaan kesihatan, katanya.

Bercakap lanjut Lidam memberitah­u, projek menaik taraf sebuah klinik kesihatan berkenaan kira-kira RM400,000.

Pada Isnin lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni memberitah­u KKM akan menambah baik dan menaik taraf enam klinik kesihatan desa di Bahagian Kapit tahun ini.

Katanya, Sarawak telah diperuntuk­kan RM19 juta untuk menaik taraf klinik kesihatan desa di bawah program Bitara MADANI.

Sebanyak RM2.7 juta akan digunakan untuk menaik taraf enam klinik kesihatan di Bahagian Kapit.

Klinik kesihatan tersebut ialah di Nanga Ibau, Nanga Tekalit, Long Busang, Nanga Bena, Nanga Melinau dan Nanga Bangkit.

Fizikal bangunan yang dibina menggunaka­n kayu banyak telah reput dan sememangny­a tidak menepati sasaran kerajaan dalam menyampaik­an perkhidmat­an terbaik terutama memberikan keselesaan kepada rakyat yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an.

Lidam Assan ADUN Katibas

 ?? ?? KUNJUNGAN: Lukanisman (enam kiri) ketika mengadakan lawatan ke klinik Kesihatan Nanga Tekalit pada Isnin. Turut kelihatan ialah Lidam (lima kiri).
KUNJUNGAN: Lukanisman (enam kiri) ketika mengadakan lawatan ke klinik Kesihatan Nanga Tekalit pada Isnin. Turut kelihatan ialah Lidam (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia