Utusan Borneo (Sarawak)

PASM ingatkan ahli agar tidak terlibat dengan gerakan politik

-

Persatuan Anak Sarawak Melaka (PASM) mengingatk­an ahli-ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana gerakan politik yang boleh menggugat keamanan sedia ada.

Pengerusi PASM Dato Wan Zain Syed Mohdzar berkata, PASM mempunyai matlamat dan visi yang perlu dipatuhi selaras dengan usaha melindungi, mempertaha­n dan menjaga kebajikan anakanak Sarawak di Melaka.

“Saya menegaskan bahawa semua ahli PASM harus menjauhi diri dari kepentinga­n peribadi serta tidak terlibat dalam mana-mana gerak kerja politik,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan dan Majlis Makan Malam PASM, baru-baru ini.

Wan Zain berkata, pihaknya juga akan meneruskan usaha mempromosi PASM dalam kalangan perantau Sarawak di Melaka serta mewujudkan rangkaian bersama kerajaan negeri Sarawak dan Melaka.

“Kepentinga­n berpersatu­an adalah untuk kebaikan bersama dalam bidang ekonomi, kebajikan, sosial budaya dan pendidikan.

“Ini adalah antara visi dan misi yang telah dan sedang kita laksanakan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini seramai 400 ahli telah berdaftar dengan PASM termasuk pelajar pengajian tinggi Sarawak di Melaka.

Tambahnya, pendekatan PASM menerusi istiqamah dalam agenda sebagai wadah penyatuan kaum dan budaya bangsa.

“Kita juga menjunjung Rukun Negara demi menjamin kedaulatan negara serta menyemai rasa cinta hidup budaya bergotong-royong dengan tujuan mengelak daripada perpecahan,” jelasnya.

Majlis turut dihadiri ahli Jawatankua­sa Persatuan Anak Sabah Melaka (PASM), Persatuan Kadazan Dusun Melaka (KDCA), Persatuan Pelajar UTEM Melaka dan ahli PASM Sabah dan Sarawak.

Dalam perkembang­an lain, beliau juga menasihati ahli serta orang awam agar tidak mudah terperdaya dengan iklan yang menawarkan harga murah di laman sosial.

Hal ini tegasnya, bagi mengelakka­n mereka menjadi mangsa penipuan pembelian barangan dalam talian yang semakin berleluasa dan sukar dibendung penguat kuasa.

 ?? ?? UNTUKALBUM:WanZain(tigakanan)merakamken­anganbersa­ma ahli-ahli PASM Sabah dan Sarawak pada Mesyuarat AgungTahun­an dan Majlis Makan Malam PASM baru-baru ini.
UNTUKALBUM:WanZain(tigakanan)merakamken­anganbersa­ma ahli-ahli PASM Sabah dan Sarawak pada Mesyuarat AgungTahun­an dan Majlis Makan Malam PASM baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia