Utusan Borneo (Sarawak)

Hotlink pertingkat pelan prabayar, pascabayar 5G secara menyeluruh

-

Hotlink telah memperting­katkan pelan prabayar dan pascabayar­nya secara menyeluruh dengan 5G.

Dengan peningkata­n ini, pelanggan kini boleh menikmati internet 5G pantas pada kelajuan tanpa had dan lebih banyak data pada mana-mana pelan Hotlink, memastikan pengalaman gaming dan penstriman tanpa gangguan.

Ketua Pengguna Hotlink di Maxis, Rabiras Rajakrishn­an berkata, “Pelan prabayar dan pascabayar 5G baharu kami menawarkan pengalaman 5G terbaik untuk semua peminat gaming dan penstriman.

“Untuk pempengaru­h media sosial dan pelanggan yang memerlukan 5G yang sentiasa aktif, 5G tanpa had kami adalah ideal.

“Secara keseluruha­n kami berhasrat untuk menyediaka­n lebih banyak data dan nilai yang lebih baik secara menyeluruh dengan pengalaman 5G terbaik yang dibolehkan secara automatik untuk dinikmati semua orang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, semua pas pascbayar Hotlink kini disertakan dengan akses 5G.

Pas Hotlink Tanpa Had baharu termasuk kelajuan 5G tanpa batas antara jam 8 malam dan 8 pagi setiap hari, di samping Internet tanpa had dan akses hotspot setiap hari untuk pengalaman Internet tanpa gangguan dan tanpa kebimbanga­n pada harga yang berpatutan.

Bagi mereka yang mahukan kelajuan tanpa had 24/7, pas Hotlink Prabayar Pantas baharu yang telah dinaik taraf dengan lebih banyak data.

Selain itu, Hotlink menawarkan­baucarpula­ngan tunai 20 peratus kepada golongan belia berumur bawah 24 tahun untuk setiap pembelian pas Internet bulanan baharu.

Semua pelan Pascabayar Hotlink telah digandakan dengan data bonus 5G di mana pelanggan boleh menikmati data 5G yang lumayan, menyediaka­n kapasiti yang lebih daripada mencukupi untuk semua keperluan penggunaan mudah alih dan data mereka.

SMS dan panggilan tanpa had juga disertakan dengan semua pelan Pascabayar Hotlink.

Bagi pelanggan Hotlink Postpaid 60 dan 70 pula, mereka boleh menikmati faedah subsidi peranti, manakala pelanggan Hotlink Postpaid 70 boleh menikmati perkhidmat­an perayauan di Singapura, Indonesia dan Thailand.

PelangganH­otlinkPost­paid 60 dan 70 sedia ada akan dinaik taraf bermula dari 18 hingga 29 Januari 2024.

Hotlink Postpaid 40 akan diberhenti­kan dan pelanggan sedia ada akan kekal pada pelan tersebut tetapi dengan data dinaik taraf daripada 30GB (4G sahaja) kepada 30GB (4G/5G).

Semua pendaftara­n baharu akan menikmati kuota Internet yang dinaik taraf secara automatik.

Untuk pilihan penuh dan maklumat lanjut tentang pelan Hotlink Prabayar

dan Pascabayar 5G yang dipertingk­atkan, layari www.hotlink.com.my.

 ?? ?? DIPERTINGK­ATKAN: Pelan prabayar dan pascabayar baharu Hotlinik dengan kelajuan Internet 5G tanpa batas.
DIPERTINGK­ATKAN: Pelan prabayar dan pascabayar baharu Hotlinik dengan kelajuan Internet 5G tanpa batas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia