Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar digalak lanjut pengajian hingga ke peringkat lebih tinggi

Kepesatan pembanguna­n Sarawak memerlukan tenaga kerja: Pang

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Golongan pelajar perlu merancang untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat lebih tinggi supaya dapat menimba pengetahua­n dan kemahiran yang dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan, terutamany­a bidang kemahiran di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang berkata, Sarawak kini sedang berusaha menjayakan Strategi Pembanguna­n Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) dengan seluruh negeri terutamany­a Bintulu sedang membangun rancak dan pesat.

“Maka, pembanguna­n memerlukan tenaga kerja dalam setiap bidang kerja dan pembanguna­n itu pula memerlukan pekerja yang mempunyai tahap kemahiran tertentu,” ujarnya berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Prestasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sesi 2023-2024 di sebuah restoran di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru anak-anak generasi

hari ini yang merancang untuk melanjutka­n pembelajar­an di institusi pengajian luar negara agar kembali setelah selesai pengajian untuk bersamasam­a memajukan Sarawak.

Begitupun tidak dilupa katanya, warga pendidik merupakan barisan hadapan dalam bidang pendidikan yang berperanan penting dalam mendidik generasi muda dan pembentuka­n insan yang berjaya pada masa depan.

“Sokongan dan bimbingan guru-guru merupakan satu galakan kepada para pelajar untuk terus berusaha dan berjaya terutamany­a dalam bidang akademik,” jelasnya.

Dalam hal itu, Pang mengucapka­n tahniah dan syabas kepada para pelajar yang menerima anugerah pada majlis tersebut, sekali gus berharap mereka terus berusaha untuk mencapai kejayaan masa depan bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan kokurikulu­m.

“Tahniah juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak mereka untuk tidak berputus asa dan terus maju dalam bidang pendidikan,” katanya.

Hadir sama Pengetua Ru

Maka, pembanguna­n memerlukan tenaga kerja dalam setiap bidang kerja dan pembanguna­n itu pula memerlukan pekerja yang mempunyai tahap kemahiran tertentu.

Johnny Pang ADUN Tanjong Batu

biah Taip dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Elvin Wong.

 ?? ?? TAHNIAH: Pang (dua kiri) menyampaik­an anugerah pelajar terbaik kepada seorang pelajar SMK Bandar sambil disaksikan Rubiah (kiri).
TAHNIAH: Pang (dua kiri) menyampaik­an anugerah pelajar terbaik kepada seorang pelajar SMK Bandar sambil disaksikan Rubiah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia