Utusan Borneo (Sarawak)

Perkembang­an projek pembanguna­n perlu sentiasa dipantau, kata Pang

-

Perkembang­an dan status sesuatu projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu perlu sentiasa dipantau bagi memastikan tidak berlaku sebarang masalah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang berkata, untuk itu beliau kerap turun padang bersama pasukannya untuk meninjau pelaksanaa­n projek-projek tersebut.

Beliau berkata, pemantauan penting agar semua projek yang dilaksanak­an dapat disiapkan mengikut jadual dan menepati keperluan rakyat di kawasan pelaksanaa­nnya.

“Beberapa projek tahun lepas ada yang belum dilaksanak­an dan saya memohon agar agensi-agensi berkaitan dapat memberi kerjasama untuk melaksanak­annya dengan cepat,” ujarnya semasa meninjau kemudahan untuk pelaksanaa­n tiga projek RTP di sini,

kelmarin.

Justeru, beliau berharap agensi berkaitan dapat bertindak cepat sekiranya projek telah diluluskan yang perlu untuk perlaksana­an segera.

Katanya, pada setiap tahun kita diberikan peruntukan khusus untuk projek RTP yang mana peruntukan tersebut perlu

diagihkan untuk keperluan rakyat seterusnya perlu dilaksana secepat mungkin.

Terdahulu tiga projek RTP terbaharu yang perlu dilaksana segera ialah melibatkan naik taraf Taman Didikan Kanak-kanak Harakah Islamiah (Tadika HIKMAH), Gelanggang Bola Keranjang Kampung Assyakirin Fasa 1 dan Masjid

Darul Islam Kampung Jabai.

Menurutnya, untuk Tadika HIKMAH ia membabitka­n pemasangan bumbung untuk kawasan tengah bangunan untuk keselesaan kanak-kanak terlibat dalam pelbagai aktiviti dan gelanggang bola keranjang pula akan dinaik taraf menjadi gelanggang lebih baik.

 ?? — Gambar UKAS ?? AMBIL BERAT: Pang berbincang dengan wakil penduduk dan meninjau keadaan bagi menaik taraf Gelanggang Bola Keranjang di Kampung Assyakirin Fasa 1 kelmarin.
— Gambar UKAS AMBIL BERAT: Pang berbincang dengan wakil penduduk dan meninjau keadaan bagi menaik taraf Gelanggang Bola Keranjang di Kampung Assyakirin Fasa 1 kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia