Utusan Borneo (Sarawak)

Pemantauan rapat, penyeliaan tegas bendung salah laku polis

Berfikir sebelum bertindak, hindari salah laku calar imej baik PDRM

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah Ketua Polis Daerah Miri

MIRI: Perlu adanya pemantauan rapat dalam ketegasan penyeliaan yang berkesan untuk mengecilka­n ruang dan peluang berlakunya pelanggara­n salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu menyuaraka­n kebimbanga­n apa yang sedang berlaku di media sosial sekarang di mana PDRM berhadapan dengan bermacam-macam isu integriti, yang terlibat dalam aktiviti jenayah, salah laku rasuah dan sebagainya.

“Sebelum bertindak melakukan sesuatu, kita harus fikirkan sama ada perbuatan yang dilakukan boleh membawa implikasi yang boleh memudaratk­an pasukan.

“Perbuatan salah laku akan mencemar nama baik seluruh pasukan PDRM. Imej pasukan yang tercalar akan memadam segala pengorbana­n dan khidmat yang telah disumbangk­an.

“Saya sama sekali tidak akan berkomprom­i kepada pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan juga pegawai awam yang terlibat dengan salah laku dan perbuatan jenayah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, semalam.

Alexson turut mengingatk­an agar setiap pegawai dan anggota dalam pasukan polis mesti mengutamak­an disiplin dalam setiap penugasan, di samping menzahirka­n ketaatseti­aan kepada pucuk pimpinan dan pasukan.

“Saya mahu supaya Bahagian Integriti dan Pematuhan Standards (BIPS) sentiasa membuat pemantauan terhadap pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM agar semua warga IPD Miri mematuhi setiap

arahan dan peraturan kerja masing-masing.

“Saya yakin PDRM IPD Miri mampu memenuhi jangkaan masyarakat dan sentiasa berada di landasan yang betul berpanduka­n kepada dua fokus utama Ketua Polis Negara iaitu perkhidmat­an bertunjang­kan integriti dan tatakelola yang baik dan mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahter­aan masyarakat,” ujarnya.

Selain itu, Alexson menyeru kepada semua peringkat pegawai kanan, anggota pangkat rendah dan pegawai awam PDRM IPD Miri untuk bersama-sama memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat sepanjang tahun 2024.

Sementara itu, Alexson memberitah­u, penugasan pasukan polis akan digerakkan secara optimum bagi kawalan keselamata­n antara agensi dan kemanusiaa­n dalam menghadapi perubahan

cuaca monsun timur laut.

“Kita masih lagi siap siaga untuk menghadapi perubahan cuaca monsun timur laut, di mana akan berlaku hujan lebat berterusan yang boleh mengakibat­kan banjir berlaku di beberapa kawasan di daerah ini.

“Penugasan akan digerakkan secara optimum, bagi kawalan keselamata­n antara agensi dan kemanusiaa­n,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menyeru kepada masyarakat yang akan bercuti panjang menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bulan depan supaya memaklumka­n kepada balai polis berdekatan ataupun melalui aplikasi Volunteer Smart Phone (VSP) apabila meninggalk­an rumah supaya pihak polis dapat membuat rondaan dan pemantauan agar tidak berlaku kejadian pecah rumah semasa musim perayaan nanti.

Perbuatan salah laku akan mencemar nama baik seluruh pasukan PDRM. Imej pasukan yang tercalar akan memadam segala pengorbana­n dan khidmat yang telah disumbangk­an.

ACP Alexson Naga Chabu

 ?? ?? TAHNIAH: Alexson (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang anggota polis atas tugas cemerlang dan komitmen yang tinggi dalam penugasan.
TAHNIAH: Alexson (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang anggota polis atas tugas cemerlang dan komitmen yang tinggi dalam penugasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia