Utusan Borneo (Sarawak)

Kapal OPV1 perkukuh kawalan keselamata­n perairan negara

-

Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) secara rasmi memulakan pengoperas­ian sulungnya dengan melakukan pemantauan di perairan Sarawak, semalam.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi berkata, pengoperas­ian Kapal OPV1 ini akan memperkuku­hkan kawalan keselamata­n di Zon Maritim Malaysia (ZMM), khususnya di kawasan Laut China Selatan yang menjadi tumpuan aktiviti ekonomi dan laluan kapal-kapal dagang yang menghubung­kan bahagian selatan dan utara laut berkenaan.

Menurutnya, keberadaan Kapal OPV1 ini mampu memenuhi matlamat operasi penguatkua­saan Maritim Malaysia iaitu konsep ‘deterrent’ bagi mengekang penceroboh­an kapal-kapal asing.

“Kapal OPV1 akan menjadi kapal induk kepada bot-bot

peronda Maritim Malaysia yang akan melakukan rondaan penguatkua­saan di kawasan yang menjadi tumpuan nelayan asing menceroboh masuk ke laut negara bagi melakukan aktiviti penangkapa­n ikan.

“Selain itu, kehadiran Kapal OPV1 juga untuk mengurangk­an risiko syarikat carigalida­npetroleum­menjadi sasaran kes rompakan di

laut memandangk­an kapal berkenaan berkeupaya­an untuk melakukan operasi di laut dalam jangka masa 21 hari tanpa ulang bekal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan dan tinjauan pengoperas­ian kapal berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk

Hamid Mohd Amin dan Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus.

Selain Kapal OPV1, Maritim Malaysia juga bakal melaksanak­an perolehan bagi 10 aset strategik maritim seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentang­an Belanjawan 2024.

Mengulas lanjut berkaitan statusKapa­lOPV2danOP­V3, beliau memberitah­u perkara berkenaan akan dirujuk ke peringkat kabinet.

Beliau terdahulu memaklumka­n, majlis penamaan Kapal OPV1 itu dijadual akan disempurna­kan oleh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat.

Kapal OPV1 diserahkan kepada Agensi Pengkuatku­asaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2 Januari lalu.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PERKASA: Ruji (kanan) semasa lawatan ke Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) yang secara rasmi memulakan pengoperas­ian sulungnya, semalam.
— Gambar Chimon Upon PERKASA: Ruji (kanan) semasa lawatan ke Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) yang secara rasmi memulakan pengoperas­ian sulungnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia