Utusan Borneo (Sarawak)

MCMC diarah minta Meta turunkan video palsu berita Bernama TV

-

Kementeria­n Komunikasi telah mengarahka­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk meminta syarikat Meta menurunkan video berita Bernama TV yang diolah secara palsu menggunaka­n teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di Facebook.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, beliau sendiri telah menghantar pautan video itu yang memaparkan wajah penyampai berita Bernama TV membaca laporan mengenai skim pelaburan meragukan untuk diambil tindakan selanjutny­a oleh suruhanjay­a berkenaan.

“Ini bukan kali pertama orang jahat, scammer guna pakai teknologi AI untuk cipta atau buat video seperti ini, beberapa bulan dulu, saya pun ada nampak ada pihak guna pakai video (Perdana

Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ucapan beliau ditukar kononnya menyeru orang ramai menyertai skim pelaburan.

“Kita tidak boleh nafi bahawa teknologi AI ini ada banyak kebaikan tetapi ada juga risiko ia diguna pakai scammer untuk tujuan penipuan, jadi sangat penting apabila orang ramai terima atau lihat video seperti ini bolehlah hantar aduan kepada Meta atau MCMC,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menjadi tetamu program The Nation: Future of Media and Communicat­ions terbitan Bernama TV di Wisma BERNAMA di sini semalam.

Teo berkata ketika ini, pihak berkuasa turut berdepan cabaran dalam mengenal pasti pemilik akaun kerana ada antara mereka yang beroperasi dari luar negara.

“Tiada jaminan video (palsu) baharu tidak dicipta lagi, sebelum ini guna video PMX, sekarang video Bernama, jadi sebagai pengguna Internet, kita perlu berhati-hati,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar memastikan kesahihan setiap maklumat dan berita yang diterima dengan menggunaka­n pelbagai platform semakan fakta selain meningkatk­an literasi digital masing-masing.

“Kita perlu berhati-hati tentang pelbagai risiko yang wujud dalam dunia digital ini memandangk­an Malaysia antara negara yang menyaksika­n warga kita menghabisk­an masa paling lama melayari Internet, purata masa kita menghadap skrin ialah 8 jam 6 minit sehari,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia