Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan penganjura­n HAWANA 2024 giat dijalankan

- KUALA LUMPUR:

Persiapan bagi penganjura­n Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang dijadualka­n pada 27 Mei depan di Kuching, Sarawak, sedang giat dijalankan.

Mesyuarat penyelaras­an diadakan semalam oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku sekretaria­t HAWANA 2024 dengan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Wisma Bernama, di sini.

Turut hadir Ketua Pengarang Bernama Nur-ul Afida Kamaludin yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja HAWANA 2024 dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmat­an Berita Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2024.

HadirsamaT­imbalanKet­ua Pengarang (Perkhidmat­an Berita Ekonomi) Nasriah Darus yang juga Ketua Jawatankua­saMedia,Publisiti dan Promosi HAWANA 2024 serta Pengarah UKAS Samuel Simon.

Simon ketika ditemui selepas mesyuarat berkenaan berkata, sehari sebelum itu (26 Mei), satu persidanga­n berkaitan media akan diadakan antara lain membincang­kan tentang penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelaporan berita.

“Persidanga­n itu akan memberi fokus terhadap penggunaan AI dalam kalangan media dan kami (UKAS) menerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) juga akan menjemput beberapa penceramah dari London dan Singapura untuk bercakap tentang pelbagai perkara berkaitan media,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­nkepadaBer­nama atas usaha menjayakan HAWANA 2024.

Pada 4 Januari lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada sambutan HAWANA 2024, yang akan dimeriahka­n dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Bernama akan terus memainkan peranan sebagai urus setia bagi penganjura­n sambutan berkenaan.

HAWANA dianjurkan pertama kali di sini pada 2018, disusuli Melaka pada 2022 dan tahun lepas di Perak merupakan platform untuk pengamal media berkumpul dan membincang­kan isuisu semasa yang dihadapi industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia