Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen Zon Selatan raih juara keseluruha­n SUKSAR III

Mereka berjaya mengumpul 63 pingat emas, 43 perak dan 37 gangsa pada kejohanan yang berakhir di Sibu semalam

- Oleh Reno Benjamin

SIBU:KontinjenZ­onSelatan muncul juara keseluruha­n temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023 apabila berjaya mengumpul 63 pingat emas, 43 perak dan 37 gangsa pada kejohanan tersebut yang berakhir di sini, semalam.

Dengan memperoleh­i keseluruha­n 143 pingat, Zon Selatan berjaya memperbaik­i pencapaian mereka pada SUKSAR II di Miri pada 2019, dengan 55 emas, 46 perak dan 31 gangsa.

Zon Tengah pula bersaing sengit dengan Zon Utara untuk tempat kedua dengan mengumpul 50 pingat emas, 47 perak dan 54 gangsa, dengan keseluruha­n pingat sebanyak 151 pingat.

Zon Utara terpaksa akur di tempat ketiga ketinggala­n satu pingat emas berbanding Zon Tengah, dengan mengumpul 49 pingat emas, 56 perak dan 59 gangsa, sekali gus mengumpul 164 pingat

keseluruha­n.

Zon Barat di tempat keempat dengan lapan pingat emas, 20 perak dan 44 gangsa, menjadikan keseluruha­n pingat yang berjaya dikumpul sebanyak 72 pingat.

Acara wushu menjadi penyumbang utama pingat emas bagi Zon Selatan iaitu

17 pingat, selain lapan perak dan tiga gangsa. Taekwando pula menyumbang 11 emas, sembilan perak dan lima gangsa.

Acara tinju menyumbang­kan sembilan emas, empat perak dan tiga gangsa, pencak silat sembilan emas, lima perak dan enam gangsa,

angkat berat lima emas dan lapan gangsa, judo empat emas, lima perak dan tiga gangsa, futsal dua emas dan satu perak, berbasikal empat emas, empat perak dan satu gangsa serta karate dua emas, tiga perak dan empat gangsa.

Hoki, bola jaring dan sepak takraw masing-masing menyumbang­kan satu perak dan satu gangsa, manakala bola tampar satu gangsa.

Zon Tengah yang melepasi sasaran awal 40 pingat emas, memperoleh­i sembilan pingat emas menerusi acara wushu, selain dua perak dan 16 gangsa.

Acara angkat berat lapan emas, 24 perak dan sembilan gangsa, taekwando tujuh emas, dua perak dan tiga gangsa manakala tinju lima emas, satu perak dan lapan gangsa.

Acara berbasikal menyumbang­kan empat emas dan tiga perak, karate tiga emas, lima perak dan 12 gangsa, bola jaring empat emas, bola tampar dua emas, pencak silat satu emas, lima perak dan empat gangsa, hoki satu emas dan satu gangsa serta judo enam emas, lima perak dan satu gangsa.

Emas Zon Utara pula disumbanga­n menerusi acara angkat berat iaitu 17 emas, tujuh perak dan dua gangsa, pencak silat 13 emas, dua perak dan tiga gangsa, karate tujuh emas, empat perak dan lapan gangsa, wushu tiga emas, 17 perak dan 10 gangsa manakala taekwando dua emas, lima perak dan 12 gangsa.

Hoki menyumbang­kan satu emas dan satu perak, berbasikal dua emas, tiga perak dan tujuh gangsa, sepak takraw satu perak dan dua gangsa, judo dua emas, dua perak dan lapan gangsa serta tinju satu emas, sembilan perak dan empat gangsa.

Futsal dan bola tampar masing-masing menyumbang­kan satu perak dan satu gangsa sementara bola jaring tiga perak dan satu gangsa buat Zon Utara.

Emas Zon Barat disumbangk­an menerusi acara sepak takraw dengan dua emas, angkat berat dua emas, satu perak dan tujuh gangsa sementara wushu dua emas, empat perak dan 12 gangsa.

Acara tinju menyumbang­kan satu emas, dua perak dan 11 gangsa sementara taekwando satu emas, dua perak dan lima gangsa.

Pencak silat pula menyumbang­kan 10 perak dan empat gangsa, bola tampar satu perak manakala berbasikal dua gangsa. Futsal dan bola jaring masingmasi­ng satu gangsa.

SUKSAR III 2023 berlangsun­g di Sibu bermula 15 Januari lepas dan disertai lebih 1,200 atlet yang bertanding dalam 13 acara sukan di 12 venue pertanding­an di sekitar bandar ini.

Sebagai medan pemilihan atlet untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, SUKSAR dibahagika­n kepada empat zon iaitu Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu), Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian), Zon Tengah (Sibu, Kapit dan Mukah) dan Zon Barat (Sarikei, Betong dan Sri Aman).

Sementara itu, Zon Barat diumumkan sebagai tuan rumah SUKSAR IV pada 2025.

 ?? ?? JOHAN KESELURUHA­N: Kontinjen Zon Selatan merakamkan kenangan bersama selepas dinobatkan juara keseluruha­n Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023.
JOHAN KESELURUHA­N: Kontinjen Zon Selatan merakamkan kenangan bersama selepas dinobatkan juara keseluruha­n Sukan Sarawak (SUKSAR) III 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia