Utusan Borneo (Sarawak)

Bahang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina semakin terasa di Miri

-

MIRI: Tahun Baharu Cina merupakan perayaan yang penting dan amat dihargai dalam budaya masyarakat Tionghua.

Setiap tahun, keluarga akan berkumpul bersama, rumah dihiasi dengan hiasan bertuah, dan pelbagai tradisi dipertahan­kan untuk mengalu-alukan kehadiran musim bertuah ini.

Dalam tinjauan Utusan Borneo di Miri, persediaan yang sedang rancak diadakan mencermink­an gambaran yang menarik tentang budaya masyarakat Cina.

Dengan Tahun Baharu Cina tinggal tiga minggu lagi, pusat beli-belah dibanjiri dengan hiasan bertema Tahun Baharu Cina, para perniaga dan kedai kini sibuk menganjurk­an pelbagai promosi jualan untuk memikat para pelanggan.

Apabila membeli-belah untuk barangan Tahun Baharu, para isi rumah keluarga kaum Cina sudah tentu akan memilih untuk barangan tradisiona­l seperti pakaian merah, perhiasan, hadiah dan sebagainya.

Ramai pelanggan membeli pakaian dan kasut baharu serta perhiasan rumah yang menandakan permulaan baharu dan harapan baharu untuk tahun ini.

Walau bagaimanap­un, dengan peningkata­n kos sara hidup akhir-akhir ini, para pelanggan mungkin lebih berhati-hati dalam berbelanja dan bukannya mempunyai kecenderun­gan untuk berbelanja secara berfoya-foya.

Ramai isi rumah kini memilih menggunaka­n semula hiasan dan pakaian serta membuat pilihan yang bijak untuk meminimumk­an perbelanja­an mereka.

Di Miri, beberapa pasar raya telah mempamerka­n limau Mandarin (atau ‘Lukam’), melambangk­an kelimpahan dan kemakmuran, yang juga merupakan buah tangan yang penting semasa perayaan ini.

Pengaruh moden juga telah diterima oleh masyarakat kita sejak akhir-akhir ini.

Dengan revolusi digital, amalan tradisi menghadiah­kan angpau kini telah beralih kepada angpau digital di mana melalui aplikasi pembayaran mudah alih telah menjadi semakin popular, membolehka­n saudara-mara dan

rakan-rakan menghantar duit Tahun Baharu Cina sertamerta merentasi jarak.

Dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, Tahun Baharu Cina juga menyaksika­n lonjakan dalam perjalanan apabila orang yang bekerja di kawasan bandar pulang ke kampung halaman untuk meraikan bersama keluarga dan sanak saudara.

Dengan hampir siapnya Lebuh Raya Pan Borneo, para pengguna jalan raya boleh menikmati perjalanan yang lancar dan menyeronok­kan untuk pulang ke kampung halaman mereka.

Perjalanan pulang mencermink­an kepentinga­n yang diletakkan pada ikatan kekeluarga­an, di mana orang yang bekerja di bandar besar akan bersatu semula dengan keluarga mereka semasa musim perayaan ini.

Natijahnya, persiapan Tahun Baharu Cina yang meriah bergema dengan warisan budaya

yang kaya, menekankan nilai kekeluarga­an dan persaudara­an.

Di tengah-tengah tradisi bersulam dengan suasana kemodenan, inti pati perayaan ini kekal utuh dalam masyarakat

Cina, memupuk hubungan kekeluarga­an dan persahabat­an, sambil mengharapk­an Tahun Naga tahun ini akan memberi kemakmuran pada bulan-bulan mendatang.

 ?? ?? PELBAGAI PILIHAN: Barangan Tahun Baharu Cina kini menjadi pemandanga­n biasa di banyak pasar raya.
PELBAGAI PILIHAN: Barangan Tahun Baharu Cina kini menjadi pemandanga­n biasa di banyak pasar raya.
 ?? ?? CERIA: Tanglung Cina digantung di atas pokok memeriahka­n lagi suasana Tahun Baharu Cina.
CERIA: Tanglung Cina digantung di atas pokok memeriahka­n lagi suasana Tahun Baharu Cina.
 ?? ?? KEWAJIBAN: Beberapa pasar raya di Miri kini sedang menawarkan limau Mandarin.
KEWAJIBAN: Beberapa pasar raya di Miri kini sedang menawarkan limau Mandarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia