Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang kerajaan perjelas pelaksanaa­n empangan melata

Penduduk harus tunggu libat urus sebelum buat bantahan: Dennis

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau meminta penduduk di Baram untuk memberi masa dan peluang kepada kerajaan menerangka­n sepenuhnya tentang pelaksanaa­n projek empangan melata.

Penduduk dinasihat untuk menunggu sesi libat urus kerajaan sebelum bertindak membuat bantahan terhadap projek yang baharu diumumkan itu.

“Sebelum kita membuat bantahan apa-apa, ada baiknya kita tunggu ‘engagement’ (sesi terlibat urus) daripada kerajaan.

“Sudah semestinya proses ‘engagement’ ini akan diadakan untuk kita maklum atau kita mengetahui apa sebenarnya projek ‘cascading’ (empangan melata) ini,” jelas Dennis di sini, semalam.

Dennis memberitah­u, pengumuman tentangnya telah dijadikan isu yang dipergunak­an oleh sesetengah pihak dengan mengajak bersama penduduk melakukan bantahan.

Menurut Dennis, bantahan dilakukan terhadap perkara yang belum jelas dan belum diketahui tujuan sebenarnya.

“Saya kadang-kadang agak sedih membaca komen yang negatif terhadap perkara perkara yang langsung tidak benar tentang hasrat kerajaan dan sebagainya,” jelas beliau.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menyatakan telah mengenal pasti lokasi untuk pembinaan empangan melata.

Beliau juga telah mendapat surat persetujua­n daripada

masyarakat di Sungai Gaat, Kapit, Sungai Tutoh di Baram dan Belaga untuk pelaksanaa­nnya.

Menurut Dennis, bantahan boleh dilakukan sekiranya projek yang dilaksanak­an terbukti memberi kesan buruk kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar.

Beliau yakin projek yang dirancangk­an Premier Sarawak dan kerajaan negeri adalah untuk membawa perubahan baik kepada rakyat.

Menurutnya, banyak perubahan baik berlaku di beberapa tempat seperti di Kuching, Bintulu dan Sibu.

Kerajaan negeri katanya, juga mahu melihat kawasankaw­asan yang lain negeri ini menerima perubahan mengikut keadaan yang ada di tempat itu.

“Saya tidak percaya YB Premier mempunyai niat yang tidak baik yang hanya akan membawa kepahitan kepada masyarakat.

“Sebab terbukti apa yang YB Premier lakukan, kerajaan negeri lakukan, memberi kesan yang positif sekali sehingga orang luar pun menjadikan kita sebagai contoh sebab perkara baik,” jelasnya.

Tentang lokasi empangan melata di Sungai Tutoh, Dennis berkata sebahagian besar kawasan yang dicadangka­n adalah terletak jauh dari kediaman dengan keadaan sungai yang berbatu dan agak mencabar.

Menurut Dennis, Premier telah melihat kejayaan projek itu di Eropah dan yakin akan boleh dilaksanak­an di negeri ini.

Setiap projek akan melalui proses termasuk rasa tanggungja­wab terhadap pelaksanaa­nnya, katanya.

“Saya kadangkada­ng agak sedih membaca komen yang negatif terhadap perkara perkara yang langsung tidak benar tentang hasrat kerajaan dan ” sebagainya. Dato Dennis Ngau ADUN Telang Usan

 ?? ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia