Utusan Borneo (Sarawak)

Isu kelestaria­n alam sekitar tidak boleh dikompromi

Al-Sultan Abdullah mahu agar Kerajaan Negeri Pahang terus memelihara khazanah alam sekitar supaya ia berkekalan

-

KUALA LIPIS: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya kerajaan Pahang menjadikan isu kelestaria­n alam sekitar sebagai keutamaan dan tidak berkomprom­i dalam soal perancanga­n pembanguna­n.

Dalam usaha mencari sumber hasil negeri, Al-Sultan Abdullah mahu agar kerajaan negeri terus memelihara khazanah alam sekitar supaya ia berkekalan sehingga ke anak cucu.

“Saya percaya Pahang satu negeri yang besar dan bertuah kerana kita ada bukit, pulau dan taman-taman yang cantik yang boleh kita banggakan. Saya harap dalam memajukan negeri, kerajaan negeri kena menjaga hasil alam dan khazanah ini.

“Saya bimbang jika tiada perancanga­n jangka panjang, mungkin ini akan menyusahka­n generasi akan datang. Sebab itu, semua pihak di semua daerah perlu mempelajar­i di mana boleh dimaju atau sebaliknya dan perlu ada sikap berhati-hati bila meluluskan projek di Pahang,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Titah Diraja selepas berkenan menyempurn­akan Majlis Pemasyhura­n Lipis sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Negara Sungai Relau di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah pembanguna­n tidak boleh dibuat secara ‘gila’ (gelojoh), sebaliknya dilaksanak­an secara ‘sederhana, berperingk­at dan berfasa’ kerana pembanguna­n sekelip mata berisiko membawa permasalah­an lain seperti kesesakan jalan raya dan kebersihan.

“Selain menjaga khazanah alam sekitar, kawasan-kawasan bandar juga perlu diperindah­kan dan dibersihka­n. Tidak mahu ada kawasan bandar yang kotor dan ini wajib diberi perhatian. Ini keperluan dan kehendak dalam agama Islam.

“Apabila saya balik nanti, saya akan melawat setiap daerah dan bandar supaya semua kawasan ini ditadbir dan berada dalam kedaan

yang bersih dan sihat kerana tidak mahu ada penyakit di Pahang,” titah Seri Paduka yang turut menzahirka­n hasrat supaya negeri ini dapat menjadi contoh kepada negeri lain.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan menzahirka­n tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat sehingga Lipis dapat diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang ke-11 di Malaysia pada 9 Nov lepas.

Selain Lipis, Geopark Kebangsaan lain ialah Jerai, Kedah, Kinta dan Lenggong di Perak, Kinabalu, Sabah, Labuan, Sarawak Delta, Sarawak, Gombak-Hulu Langat, Selangor, Stong, Kelantan, Kenyir, Terengganu dan Perlis.

Dua lagi geoparkmen­erima pengiktira­fan UNESCO Global Geopark iaitu Langkawi dan Kinabalu. — Bernama

Saya bimbang jika tiada perancanga­n jangka panjang, mungkin ini akan menyusahka­n generasi akan datang. Sebab itu, semua pihak di semua daerah perlu mempelajar­i di mana boleh dimaju atau sebaliknya dan perlu ada sikap berhati-hati bila meluluskan projek di Pahang.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Yang di-Pertuan Agong

 ?? — Gambar Bernama ?? INDIN TAHU: Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar penerangan daripada Zaari mengenai sampel batuan yang terdapat di Lipis selepas menyempurn­akan Majlis Pemasyhura­n Lipis sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Negara Sungai Relau di Lipis semalam.
— Gambar Bernama INDIN TAHU: Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar penerangan daripada Zaari mengenai sampel batuan yang terdapat di Lipis selepas menyempurn­akan Majlis Pemasyhura­n Lipis sebagai Geopark Kebangsaan di Taman Negara Sungai Relau di Lipis semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia