Utusan Borneo (Sarawak)

Grab Malaysia perluaskan kempen #SaveWithGr­ab

-

KUALA LUMPUR: Grab Malaysia memperluas­kan kempen #SavewithGr­ab yang diperkenal­kan tahun lepas bertujuan meningkatk­an kebolehcap­aian perkhidmat­an atas permintaan dengan menyasarka­n pengguna yang menitikber­atkan perbelanja­an tatkala berlaku perubahan landskap ekonomi.

Kempen ini sebagai persediaan terhadap prospek ekonomi 2024, yang meramalkan kadar inflasi Malaysia diunjur antara 2.1 hingga 3.6 peratus tahun ini, sekali gus menekankan keperluan untuk penyelesai­an harian yang praktikal dan boleh diakses.

Ketua Pemasaran Grab Malaysia Hassan Alsagoff dalam satu kenyataan berkata hasrat Grab adalah untuk memberi perkhidmat­an kepada semua rakyat Malaysia dalam pelbagai cara yang diperlukan dan menjadikan platformny­a lebih mudah diakses oleh segmen pengguna secara lebih meluas.

“Kemas kini baharu seperti Pelan Jangka Panjang GrabUnlimi­ted dan Kad Setem, bukan sahaja membantu kami kekal relevan kepada pengguna yang mementingk­an bajet, tetapi juga membuka lebih banyak peluang penjimatan untuk semua pengguna kami sambil dapat meningkatk­an pendapatan buat pemandu, penghantar­an, dan rakan kongsi pedagang juga,” kata Alsagoff.

Satu lagi ciri ketara yang turut dilancarka­n kepada pengguna ialah GrabCar Saver, di mana penumpang boleh berjimat sehingga 20 peratus daripada tambang biasa. Perkhidmat­an ini terdapat di bandar tertentu dan waktu-waktu tertentu.

Selain itu, Grab membawa kembali promosi kegemaran peminat, tawaran ‘Kombo Jimat’ dan ‘Pakej RAHMAH’, untuk melengkapk­an promosi HotDeals dan HungryDeal­s sedia ada, sebagai cara membantu rakyat Malaysia memesan makanan terbaik pada harga terendah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia