Utusan Borneo (Sarawak)

Polis UK siasat budak ditemui mati di sebelah mayat bapa

-

Pasukan polis United Kingdom (UK) kelmarin berkata ia telah merujuk kepada badan pemerhati selepas seorang budak kecil ditemui mati di sebelah mayat bapanya di rumah mereka awal bulan ini.

Budak lelaki itu, Bronson Battersby, ditemui pada 9 Januari di sebelah mayat bapanya Kenneth, 60, yang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah mereka di Skegness, utara England.

Bapanya dipercayai meninggal dunia sekitar 29 Disember. Ibu kanak-kanak itu, Sarah Piesse, memberitah­u akhbar The Sun bahawa anaknya mati kelaparan dan mempersala­hkan perkhidmat­an sosial.

Ketua perkhidmat­an kanak-kanak tempatan di Majlis Daerah Lincolnshi­re berkata, seorang pekerja sosial telah melawat hartanah yang disewa untuk temu janji yang dijadualka­n pada 2 Januari, tetapi tiada jawapan.

Pekerja sosial itu kemudian “membuat pertanyaan di kediaman lain tentang di mana kemungkina­n budak itu berada” dan menghubung­i polis, kata Heather Sandy.

Lawatan kedua pada 4 Januari juga tidak dijawab, dan polis dihubungi semula.

Apabila polis gagal bertindak balas, pekerja sosial itu meminta untuk dibenarkan masuk ke dalam kediaman itu dengan tuan rumah pada 9 Januari di mana dia menemui kedua-dua mayat itu.

Sandy, yang berkata majlis bandaraya telah memulakan siasatan ke atas apa yang berlaku, memberitah­u BBC bahawa Kenneth tinggal di rumah bersendiri­an dengan anaknya ketika dia meninggal dunia.

“Ini bermakna tiada sesiapa yang ada untuk menjaga Bronson, dan malangnya akibat itu, Bronson juga telah meninggal dunia,” katanya.

Koroner tempatan sedang menunggu laporan pakar patologi sebelum membuka siasatan.

Polis Lincolnshi­re berkata, pasukan itu dimaklumka­n mengenai kematian seorang lelaki berusia 60 tahun dan seorang budak berusia dua tahun di sebuah hartanah di Skegness, sekitar jam 3.25 petang pada 9 Januari.

Pasukan itu berkata ia telah merujuk dirinya kepada Pejabat Bebas untuk Kelakuan Polis (IOPC).

“Tindakan tepat organisasi terbabit akan dianalisis dalam semakan yang akan datang dan pada peringkat ini, ia masih tidak wajar untuk mengulas lanjut,” katanya dalam satu kenyataan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia