Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita Salvador dipenjara atas kematian bayi akhirnya dibebas

-

Seorang wanita Salvador telah dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman penjara lapan tahun atas kematian bayinya yang baharu lahir di hospital, di bawah undangunda­ng ketat yang disifatkan oleh kumpulan wanita sebagai “menjenayah­kan melahirkan anak”.

Wanita itu, yang hanya memberikan namanya sebagai Lilian, bercakap kepada media buat kali pertama kelmarin sejak dibebaskan pada Disember daripada hukuman penjara 30 tahun.

“Kepuasan yang sangat besar kerana walaupun melalui proses yang sangat panjang, saya dapat dibuktikan tidak bersalah,” kata wanita berusia 28 tahun itu kepada AFP.

Pada 2015, Lilian bersalin di hospital awam di barat El Salvador, tetapi bayi perempuann­ya mengalami komplikasi, dimasukkan ke dalam inkubator dan meninggal dunia 72 jam kemudian, menurut peguamnya, Abigail Cortez.

Dia didakwa atas “pembunuhan teruk” selepas dituduh “meninggalk­an dan mengabaika­n,” dengan alasan dia gagal menjaga janin dengan secukupnya semasa mengandung.

Pada 2023, mahkamah menyemak hukuman itu

dan memerintah­kan agar dia dibebaskan.

Menurut Kumpulan Rakyat untuk Dekriminal­isasi Penggugura­n di El Salvador, Lilian merupakan yang terakhir daripada 73 wanita yang telah dimasukkan ke dalam penjara selepas disabitkan dengan “pembunuhan teruk” kerana penggugura­n, keguguran atau masalah obstetrik lain.

“Kami sangat gembira untuk menutup kitaran ini,” kata penyelaras kumpulan itu Mariana Moisa, merujuk kepada kempen yang bermula pada 2014 untuk mendapatka­n sokongan antarabang­sa untuk pembebasan wanita.

Bagaimanap­un, dia menyatakan

bahawa masih ada sekitar 20 kes yang sedang dibicaraka­n.

Salvador menghukum penggugura­n dalam apa jua keadaan dengan hukuman penjara dua hingga lapan tahun.

Walau bagaimanap­un, pendakwa raya dan hakim sering mengklasif­ikasikan kes penggugura­n atau keguguran sebagai “pembunuhan teruk”, jenayah yang boleh dihukum penjara 30 hingga 50 tahun.

Kekerasan undang-undang penggugura­n di negara itu telah menjadi perhatian kebelakang­an ini dengan kes-kes yang dibentangk­an di Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika.

 ?? — Gambar AFP ?? BEBAS:Lilian(duakanan)dibebaskan­daripenjar­aselepasme­njalani hukuman penjara lapan tahun atas kematian bayinya yang baharu lahir di hospital di El Salvador kelmarin.
— Gambar AFP BEBAS:Lilian(duakanan)dibebaskan­daripenjar­aselepasme­njalani hukuman penjara lapan tahun atas kematian bayinya yang baharu lahir di hospital di El Salvador kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia