Utusan Borneo (Sarawak)

Forest dan Everton lupakan potongan mata dari EPL

Kedua-dua pasukan itu berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan keempat kejohanan Piala FA Inggeris

-

LONDON: Nottingham Forest dan Everton melupakan ancaman potongan mata dari Liga Perdana Inggeris apabila meneruskan kemaraan ke pusingan keempat Piala FA Inggeris pada Rabu.

Forest terselamat ancaman untuk menewaskan kelab divisyen tiga, Blackpool 32 selepas masa tambahan sementara Everton menang tipis 1-0 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga.

Ia adalah kemenangan bersemanga­t buat Forest dan Everton, yang dirujuk kepada satu suruhanjay­a bebas oleh Liga Perdana pada Isnin kerana mengakui melanggar peraturan kewangan.

Dakwaan pelanggara­n peraturan kelestaria­n dan keuntungan liga berkaitan dengan musim 2022/2023 dan boleh membawa hukuman potongan mata.

Dengan Everton dan Forest ketika ini bersaing mengelak penyingkir­an, ia akan menyebabka­n status mereka dalam Liga Perdana musim hadapan semakin sukar dipertahan­kan.

Everton sudah dipotong 10 mata musim ini kerana melebihi had kerugian dibenarkan dalam tempoh tiga tahun pada akhir musim 2021/2022.

Kelab Merseyside itu merayu terhadap hukuman yang dianggap potongan mata terbesar dalam sejarah Liga Perdana.

Blackpool memberi ancaman serius kepada Forest sebelum skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu

akhirnya melangkah ke pusingan keempat kejohanan.

Andrew Omobamidel­e meletakkan Forest di hadapan dengan rembatan jarak dekat pada minit ke-16 pada penampilan pertamanya bersama Forest sejak berpindah dari Norwich pada bulan

September lepas.

Danilo menambah jaringan Forest beberapa saat selepas rehat.

Blackpool merapatkan kedudukan apabila Albie Morgan menjaringk­an gol minit ke-61 sebelum Kyle Joseph mengikat kedudukan

pada minit ke-78 dari satu hantaran lintang Andy Lyons, menyebabka­n permainan kemudian berlarutan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan gagal mencari gol kemenangan sehingga 90 minit permainan.

Chris Wood memastikan

Forest meneruskan kemaraan apabila menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-110.

“Kami sekali lagi dipaksa bekerja keras. Kami menyukarka­n diri kami sendiri,” kata Wood.

Forest akan bertandang ke

kelab divisyen dua, Bristol City, yang mengejutka­n West ham United dalam perlawanan ulangan pada Selasa.

Everton mengekalka­n fokus mereka walaupun diancam potongan mata terbaharu apabila menamatkan cabaran

Crystal Palace di Goodison Park.

Kemenangan pertama mereka dalam semua pertanding­an sejak 16 Disember itu membolehka­n mereka menempah pertemuan menentang Luton Town di pusingan keempat kejohanan.

Gol tunggal kemenangan Everton dijaringka­n Andre Gomes dari satu tendangan percuma pada minit ke-42.

Ia juga gol pertama dijaringka­n Everton sejak 27 Disember selepas tiga perlawanan terakhir tanpa sebarang gol.

Pada perlawanan lain, Norwich City menempah pertemuan menentang Liverpool selepas menewaskan Bristol Rovers 3-1

Rovers, yang berada di tangga ke-11 Liga Satu, mencipta kejutan dengan membuka jaringan menerusi gol Luke McCormick pada minit ke-20.

Gabriel Sara bagaimanap­un mengikat kedudukan buat Norwich pada minit ke-53 sebelum Adam Idah menyempurn­akan penalti enam minit kemudian dan Kenny McLean menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-87.

“Kami sekali lagi dipaksa bekerja keras. Kami menyukarka­n diri ” kami sendiri. Chris Wood Pemain Nottingham Forest

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Blackpool dan Nottingham Forest di Stadium Bloomfield Road.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak aksi perlawanan Piala FA Inggeris di antara Blackpool dan Nottingham Forest di Stadium Bloomfield Road.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia