Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola berikan sokongan kepada Xavi

- — AFP

Pengurus kelab Manchester City, Pep Guardiola berkata jurulatih kelab Barcelona, Xavi Hernandez mendapat “sokongan tidak berbelah bahagi” daripadany­a dan pemain harus mengambil langkah ke hadapan selepas kekalahan kepada Real Madrid dalam Piala Super Sepanyol hujung minggu lepas.

Vinicius Junior menjaringk­an hatrik ketika Real Madrid menang selesa 4-1 di final yang berlangsun­g di Arab Saudi Ahad lepas, sekali gus menambah lagi tekanan ke atas Xavi.

Bagaimanap­un, Guardiola memberi amaran kepada Barca agar tidak membuat keputusan terburu-buru dan berkata Xavi seharusnya diberikan lebih banyak masa.

“Nasihat saya ialah untuk kekal tenang,” kata Guardiola selepas satu majlis penyampaia­n anugerah FIFA di London pada Isnin, di mana dia dipilih sebagai Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA 2023.

“Barca tewas di final, tetapi minggu hadapan, ada pertanding­an lain dan kemudian pertanding­an lain. Sokongan (untuk jurulatih dan pemain) harus ada dan satu keputusan boleh dibuat pada akhir musim.

“Saya mahu memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Xavi dan pemain. Pemain harus mengambil satu langkah ke hadapan. Mereka telah menunjukka­n kualiti yang mereka ada sebelum ini dan masih jauh lagi perjalanan musim ini.”

Xavi, yang mem bimbing Barca memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol yang pertama

sejak 2019 pada musim lepas, berkata dia bersedia dengan kritikan selepas cara kekalahan pasukannya kepada Real Madrid.

Bagaimanap­un, dia menambah bahawa dia masih percaya dengan dirinya sendiri dan projek kelab, dengan pasukannya masih bersaing kejuaraan La Liga, Liga Juara-Juara dan Copa del Rey musim ini.

“Masih ada kemungkina­n dalam bola sepak untuk mensia-siakan semuanya,” tambah Guardiola, yang pernah membimbing skuad Barca dengan Xavi masih menjadi pemain ketika memenangi tiga kejuaraan La Liga dan dua kejuaraan Liga Juara-Juara di antara 2008 dan 2012.

“Industri ini sangat sukar. Barca tewas di final, OK, tahniah kepada lawan dan sekarang belajar daripadany­a. Real menjaringk­an gol pantas, bertahan dengan baik

dan merupakan pasukan yang lebih baik di final, itu sahaja.”

Pengarah teknikal Barca, Deco, berkata pada Ahad bahawa ia “tidak masuk akal” untuk mempersoal­kan masa depan Xavi sambil menambah bahawa jurulatih yang mempunyai kontrak sehingga 2025 itu masih mendapat sokongan kuat daripada pengurusan kelab.

Dalam La Liga Sepanyol, Barcelona ketinggala­n lapan mata di belakang pendahulu liga, Girona di pertengaha­n musim, tetapi mereka meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Liga JuaraJuara.

Mereka akan menentang Napoli di pusingan kedua pada bulan hadapan.

Barca juga akan bertandang ke kelab divisyen tiga, Unionistas de Salamanca untuk perlawanan pusingan 16 akhir Copa del Rey pada Khamis ini.

 ?? — Gambar AFP ?? SABAR: Reaksi Xavi semasa sesi penyampaia­n pingat selepas perlawanan final Piala Super Sepanyol pada 14 Jan lalu.
— Gambar AFP SABAR: Reaksi Xavi semasa sesi penyampaia­n pingat selepas perlawanan final Piala Super Sepanyol pada 14 Jan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia