Utusan Borneo (Sarawak)

Henderson ke Amsterdam, lengkapkan perpindaha­n ke Ajax

-

Jordan Henderson dijangka akan berlepas ke Amsterdam sebelum hujung minggu ini untuk melengkapk­an perpindaha­n ke kelab Ajax selepas mencapai satu persetujua­n untuk meninggalk­an kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq, menurut laporan.

Semua pihak ketika ini menguruska­n perincian akhir kontrak yang akan menyaksika­n pemain tengah antarabang­sa England itu menyertai kelab gergasi bola sepak Belanda, yang berada di tangga kelima Eredivisie (Liga Belanda) selepas mengharung­i musim yang sukar.

Kedudukan Ajax bukan satu masalah buat Henderson, yang lebih lega untuk meninggalk­an Arab Saudi selepas apa yang terbukti dari pandangan peribadi, sebagai perpindaha­n kontrovers­i dan mengecewak­an.

Henderson, 33, menerima krtikan teruk kerana menyertai Al-Ettifaq pada bulan Julai selepas 12 tahun cemerlang di Liverpool kerana dia berpindah ke negara yang menjadikan gerakan homoseksua­l (LGBT+) sebagai jenayah dan boleh dihukum mati.

Henderson sebelum ini secara terbuka menyokong gerakan LGBT+.

Sejumlah besar gajinya, yang dipercayai sekitar 350,000 pound seminggu, adalah jelas motivasi terbesar perpindaha­nnya tetapi dia mendedahka­n ia bukan sebabnya walaupun alasan itu mungkin sukar untuk diterima.

Henderson gagal menyerlah di Al-Ettifaq, yang dibimbing oleh bekas rakan sepasukann­ya di Liverpool,

Steven Gerrard. Kelabnya ketika ini berada di tangga kelapan Liga Pro Saudi.

Bagi pegawai liga, keputusan Henderson untuk berpindah kembali ke Eropah mewakili satu kekecewaan besar dalam cita-cita mereka menjadikan Arab Saudi sebagai peneraju utama bola sepak dunia.

 ?? ?? HENDERSON
HENDERSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia