Utusan Borneo (Sarawak)

Harapan Arsenal untuk beli Tony tipis

-

Penyerang kelab Brentford, Ivan Tony, tidak dijangka akan menyertai Arsenal dalam pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari ini, menurut laporan media.

Selepas penggantun­gan selama lapan boleh dijatuhkan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris kerana melanggar peraturan pertaruhan, Toney, 27, sudah boleh kembali beraksi minggu ini.

Dengan 20 gol dan empat umpanan gol dalam 33 penampilan sepanjang musim lepas, Toney menunjukka­n bahawa dia bukan sahaja boleh beraksi cemerlang dalam Liga Kejuaraan tetapi juga dalam Liga Perdana Inggeris.

Kelab Arsenal, Tottenham dan Chelsea dikatakan berminat mendapatka­n penyerang antarabang­sa England itu namun harapan Arsenal untuk mendapatka­n khidmatnya mungkin terjejas dengan dana yang terhad kerana peraturan Kewangan Adil(FFP).

Walaupun kontrak Toney bersama Brentford berlarutan sehingga musim panas 2025, ia dijangka bahawa dia akan meninggalk­an kelab sebelum tempoh itu.

Media melaporkan bahawa Arsenaltid­akmempunya­icukup wang untuk mendapatka­n pemain dalam pasaran perpindaha­n pemain bulan ini.

“Ivan Toney dijangka akan meninggalk­an Brentford pada akhir musim ini. Dari pandangan saya, dia akan terus kekal di Brentford pada bulan Januari. Ada minat dari Arsenal tetapi dari maklumat terkini yang saya perolehi dari Arsenal, tidak cukup wang dan pembiayaan dari segi rekod FFP untuk mencapai satu perjanjian seperti itu,” kata seorang wartawan sukan.

Arsenal, yang dibimbing Mikel Arteta, ketika ini mencari seorang penyerang baharu ketika dia cuba menangani isu jaringan gol yang dihadapi pasukannya ketika ini.

Arsenal sudah tewas tiga perlawanan berturut-turut dan juga tersingkir dari Piala FA Inggeris apabila tewas kepada Liverpool. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia