Utusan Borneo (Sarawak)

AFCON: Maghribi mudah benam Tanzania 3-0

-

SAN PEDRO: Maghribi, yang mencipta kejutan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2022 Qatar, meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Tanzania di sini pada Rabu ketika mereka memulakan kempen Piala Negara Afrika (AFCON), sementara juara 2012, Zambia, diikat 1-1 oleh Republik Demokratik (DR) Kongo dalam saingan Kumpulan F.

Kapten pasukan, Romain Saiss membuka jaringan dalam separuh masa pertama dan selepas pemain Tanzania, Novatus Miroshi dibuang padang, Azzedine Ounahi dan Youssef ENNeysri melengkapk­an jaringan buat Maghribi.

Walaupun merupakan gergasi bola sepak benua Afrika sejak berdekad-dekad, Maghribi akan memburu kejuaraan AFCON yang kedua mereka dalam tempoh 48 tahun, sejak kali terakhir memenangin­ya di Habsyah.

Maghribi mencuri perhatian antarabang­sa dua tahun yang lalu di Qatar apabila menjadi negara pertama dari benua Afrika yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia, di mana mereka menyingkir­kan Sepanyol dan Portugal sebelum itu.

Kemenangan ke atas Tanzania sudah dijangkaka­n kerana Maghribi berada pada ranking ke-13 dunia, 108 anak tangga di hadapan Tanzania.

Maghribi memulakan perlawanan dengan tujuh pemain dari skuad kesebelasa­n utama yang tewas 0-2 kepada Perancis di peringkat separuh akhir Piala Dunia 2022.

Terdapat tiga pemain dari La Liga Sepanyol, dua masing-masing dari Liga Perdana Inggeris dan Ligue 1 Perancis dan dua pemain dari Liga Pro Saudi. Pemain lain

adalah mereka yang beraksi di Turkiye dan Mesir.

Ini jauh berbeza dengan Tanzania, dengan skuad termasuk Tarryn Allarakhia yang beraksi di kelab divisyen lima bola sepak Inggeris, Wealdstone, dengan pemain sayap itu bergelut dengan prestasi dan diganti seawal minit ke-38.

Seperti dijangkaka­n, Maghribi mengawal permainan dari sepak mula perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Laurent Pokou, bintang antarabang­sa Ivory Coast.

Pokou menjaringk­an lima gol dalam perlawanan pusingan pertama AFCON 1970 untuk mencipta rekod gol individu yang masih kekal sehingga kini, dan bola rasmi perlawanan untuk AFCON 1970 juga diambil bersempena

namanya.

En-Nesyri, salah seorang dari tujuh pemain dari skuad separuh akhir yang tewas kepada Perancis, mempunyai satu peluang awal pada minit kesembilan namun gagal melakukan penyudah kemas.

Tanzania mempamerka­n aksi memberangs­angkn, dari gerakan dan asakan tetapi ia tidak mengejutka­n apabila mereka ketinggala­n selepas setengah jam permainan dalam cuaca panas mencecah 31 darjah Selsius.

Hakim Ziyech, yang dipinjamka­n ke Galatasara­y dari kelab Chelsea, melakukan satu tendangan percuma melepasi dinding pemain dan apabila penjaga gol Tanzania, Aisha Manula gagal menangkap kemas bola, Saiss menolak bola muntah ke dalam

pintu gol.

Maghribi bagaimanap­un gagal menambah jaringan sehingga masa rehat walaupun terus menguasai permainan.

Harapan Tanzania untuk mencipta satu kejutan bagaimanap­un tidak kesampaian apabila Miroshi mengasai Ounahi dan dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua ketika berbaki 20 minit permainan.

Ounahi kemudian menyudahka­n satu gerakan untuk gol kedua Maghribi pada minit ke-77 sebelum En-Nesyri melengkapk­an jaringan pada minit ke-80 dengan gol hanya disahkan dua minit kemudian selepas semakan panel video bantuan pengadil (VAR).

Di stadium yang sama, Zambia terpaksa akur dengan keputusan seri selepas membuka jaringan menerusi gol Kings Kangwa pada pertengaha­n separuh masa kedua.

Tetapi Yoane Wissa mengikat kedudukan beberapa minit selepas itu dengan kedudukan kekal sehingga tamat permainan.

DR Kongo memikirkan mereka memperoleh­i penalti selepas satu jam permainan dalam apa yang berkemungk­inan gol kemenangan namun pengadil perlawanan membatalka­n penalti selepas semakan (VAR).

Zambia, yang dibimbing Avram Grant, kembali beraksi pada kejohanan kali ini selepas gagal layak pada tiga edisi terakhir kejohanan dan memburu kemenangan pertama pada kejohanan ini sejak mencipta kejutan apabila memenangi kejohanan pada 2012.

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Babak aksi perlawanan AFCON Kumpulan F di antara Maghribi dan Tanzania.
— Gambar AFP TUMPUAN: Babak aksi perlawanan AFCON Kumpulan F di antara Maghribi dan Tanzania.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia