Utusan Borneo (Sarawak)

Qatar melangkah ke pusingan kedua

China perlu bersaing untuk menyertai tuan rumah selepas seri tanpa jaringan buat kali kedua berturut-turut dalam Piala Asia

- — AFP

DOHA: Pasukan tuan rumah yang juga juara bertahan, Qatar, menjadi pasukan pertama yang melangkah ke pusingan kedua Piala Asia pada Rabu, tetapi China perlu bersaing untuk menyertai Qatar selepas seri tanpa jaringan buat kali kedua berturut-turut pada kejohanan ini.

Qatar menanggung malu selepas tewas kesemua tiga perlawanan pusingan pertama di Piala Dunia 2022 yang mereka anjurkan, prestasi paling buruk dari mana-mana pasukan tuan rumah dalam sejarah pertanding­an.

Mereka kemudian memecat jurulatih Carlos Queiroz awal bulan lepas dan menggantik­annya dengan bekas jurulatih Real Madrid, Tintin Martinez dalam pertaruhan saat akhir.

Ia bagaimanap­un membuahkan hasil setakat ini dengan Qatar meneruskan rentak dari kemenangan 3-0 ke atas Lubnan dari perlawanan pertama dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas pendatang baharu kejohanan, Tajikistan di hadapan 55,000 penonton di Stadium Al Bayt.

Penyerang sensasi, Akram Afif, yang menjaringk­an dua gol ketika menentang Lubnan, menjaringk­an gol yang akhirnya menjadi gol tunggal kemenangan.

Akram mengejar umpanan Almoez Ali pada minit ke17 sebelum merembat menewaskan penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov.

“Almoez adalah salah seorang rakan baik saya dan kami saling mengenali sesama kami,” kata Afif ketika bercakap tentang gandingann­ya dengan Ali, yang menjaringk­an satu rekod sembilan gol ketika Qatar muncul juara Piala Asia buat kali pertama pada 2019.

“Kami sudah bermain bersama sejak sekian lama, jadi

kami memahami apa yang perlu dilakukan dengan hanya melihat. Kami berharap yang terbaik akan muncul.”

Tajikistan menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Amadoni Kamolov dibuang padang kerana kekasaran ke atas Ahmed AlGanehi pada lewat permainan, penyingkir­an serta-merta yang pertama dalam pertanding­an ini.

Kemenangan Qatar membolehka­n mereka layak ke pusingan kedua selaku juara Kumpulan A dengan berbaki satu perlawanan tetapi siapa yang akan mengekori mereka dijangka akan diketahui pada perlawanan terakhir.

Pada perlawanan terakhir kumpulan Isnin depan, Qatar menentang China sementara Tajikistan menentang Lubnan.

Walaupun dua kali seri tanpa jaringan, China ketika ini memiliki peluang untuk menyertai Qatar ke pusingan kedua namun ketiga-tiga pasukan mampu layak dengan China hanya perlu mengelak kekalahan dan Tajikistan dan Lubnan masing-masing perlu menang tetapi dengan syarat China kalah untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan.

China mungkin juga mempunyai kelebihan jika Qatar merehatkan beberapa pemain utama, dengan jurulatih Aleksandar Jankovic mahu mengelak terkeluar di pusingan pertama kejohanan.

Selepas seri dengan Tajikistan dalam perlawanan pembukaan, China sekali lagi gagal menjaringk­an gol apabila seri dengan Lubnan pada Rabu.

China bernasib baik tidak ketinggala­n apabila dua cubaan pemain Lubnan terkena palang sementara satu peluang terbaik China ialah apabila bola sempat ditendang keluar sebelum melepasi garisan pintu gol.

Tetapi akhirnya,ia adalah satu lagi aksi hambar untuk bola sepak China, yang masih terkesan dengan skandal rasuah bola sepak di tanahairny­a.

“Pada akhirnya, kami gagal

menang tetapi kami menunjukka­n mentaliti yang baik, sikap yang hebat dan saingan yang kuat,” kata Jankovic, yang berada dalam tekanan untuk mengekalka­n jawatannya.

“Perjalanan masih jauh dan sasaran kami masih sama - untuk beraksi di pusingan kedua.”

Seperti Jankovic, jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic merasakan pasukannya mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan namun satu mata yang diperolehi adalah penting.

“Kami tidak menjaringk­an gol tetapi saya berpuas hati kerana kami masih bersaing menjelang perlawanan terakhir,” katanya.

“Kami akan menamatkan perlawanan, jika kami meningkatk­an lagi prestasi, kami akan memenangi perlawanan itu.”

 ?? — Gambar AFP ?? HANGAT: Babak aksi pertembung­an di antara Tajikistan dan Qatar dalam aksi Piala Asia 2023 Kumpulan A yang berlangsun­g di Stadium Al-Bayt di Al Khor.
— Gambar AFP HANGAT: Babak aksi pertembung­an di antara Tajikistan dan Qatar dalam aksi Piala Asia 2023 Kumpulan A yang berlangsun­g di Stadium Al-Bayt di Al Khor.
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI LASAK: China bertemu Lubnan di Doha.
— Gambar AFP AKSI LASAK: China bertemu Lubnan di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia