Utusan Borneo (Sarawak)

Pemakaian baju sukan diteruskan bagi sesi persekolah­an 2024/2025

-

PUTRAJAYA: Kelonggara­n pemakaian baju sukan ke sekolah diteruskan untuk sesi persekolah­an 2024/2025 yang akan bermula Mac ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata keputusan itu adalah berdasarka­n sesi libat urus yang telah dilaksanak­an dengan semua pihak berkaitan termasuk warga pendidik dan ibu bapa.

Fadhlina berkata, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai pelanjutan kelonggara­n pemakaian sukan itu akan dikeluarka­n kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diedarkan ke semua sekolah dalam masa terdekat.

“Kementeria­n Pendidikan memutuskan pakaian sukan di sekolah diteruskan iaitu dua hari pakaian seragam sekolah, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulu­m,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan dibuat bagi meringanka­n beban ibu bapa serta memudahkan mereka untuk membuat persiapan persekolah­an lebih awal.

Pada sidang media selepas itu, Fadhlina berkata pihak sekolah diberikan kebebasan untuk menetapkan hari bagi pakaian seragam sekolah, sukan dan kokurikulu­m.

“Autonomi diberikan kepada pihak sekolah untuk tentukan hari pemakaian berkenaan,” katanya.

Pada 10 Ogos tahun lepas, Fadhlina dilaporkan berkata pemakaian baju sukan yang mula diberi kelonggara­n pada 3 Mei ketika fenomena cuaca panas, diteruskan walaupun cuaca panas semakin berkuranga­n. — Bernama

Oleh Saleman Senin

DEBAK: Hujan lebat lewat petang kelmarin yang berlarutan sehingga ke malam mengundang musibah banjir kepada penduduk tiga perkampung­an Melayu di sini apabila sejumlah 310 penduduk terpaksa dipindahka­n ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Debak Lt (PA) Nur Fikry Usop berkata, dua PPS yang dibuka setakat jam 5 petang semalam ialah Dewan Millennia dan Dewan Perpaduan di sini.

Menurutnya, seramai 141 mangsa banjir daripada 39 keluarga dari Kampung Bungey, Kampung Lalang dan Kampung Babu telah dipindahka­n ke PPS Dewan Millenia.

Manakala, seramai 169 mangsa banjir daripada 51 keluarga dari Kampung Bungey dan Kampung Babu ditempatka­n di PPS Dewan Perpaduan, katanya.

“Pada awalnya cuma satu PPS dibuka seawal jam 1.30 pagi tadi (Jumaat) iaitu Dewan Millennia, namun menjelang petang jumlah mangsa banjir bertambah berikutan trend paras air Sungai Rimbas yang semakin meningkat.

“Kita sukar menjangkak­an, meskipun cuaca pada masa ini dalam keadaan baik,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Nur Fikry berkata, buat masa ini pihaknya bertungkus-lumus membantu mangsa dan proses memindahka­n mangsa terjejas masih dilaksanak­an oleh agensiagen­si berkaitan di ketiga-tiga perkampung­an terbabit.

“Kita menyeru masyarakat agar mematuhi arahan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana (JPB) dan bersedia berpindah dengan segera sekiranya diarah berbuat demikian,” katanya.

Selain Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), agensi lain yang hadir di dua PPS tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Debak, Pejabat Daerah Debak, Jabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM), Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), RELA, Pusat Khidmat DUN Saribas dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong.

Sementara itu, cuaca buruk melanda beberapa bahagian di Sarawak dengan laporan banjir turut diterima di Tatau apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput dinaiki air kelmarin, memaksa kesemua muridnya pulang ke rumah masing-masing.

Di Bintulu, angin kencang dan hujan lebat kelmarin menyebabka­n bumbung beberapa kediaman tercabut di Taman Bukit Orang dan Iris Garden Apartment, manakala tiga rumah di Pine Court mengalami kerosakan akibat dihempap pokok.

Hujan lebat turut menyebabka­n beberapa kejadian tanah runtuh, antaranya di Rumah Ranchak, Nyalak Ladong, Pakan kelmarin dan Rumah Laka Ajung, Sungai Sebangkoi di Sarikei, semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Jabatan Meteorolog­i (MetMalaysi­a) berkata beberapa kawasan di Sarawak, Pahang dan Johor dijangka mengalami hujan berterusan sehingga hari ini dan esok.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak khususnya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu sehingga Ahad ini,” katanya.

 ?? ?? FADHLINA
FADHLINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia