Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak sasar 99 peratus kanak-kanak dapat akses pendidikan awal tahun ini

-

KUCHING: Sarawak menyasarka­n 99 peratus kanak-kanak di negeri ini mendapat akses kepada pendidikan awal kanak-kanak tahun ini sebelum melangkah ke alam persekolah­an formal.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata tahun lepas, 98.71 peratus kanak-kanak yang memasuki Tahun 1 Sesi 2023/2024 mendapat akses kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Ini katanya, adalah satu pencapaian yang bagus untuk Sarawak berbanding peringkat kebangsaan iaitu 88.81 peratus.

“Kita mahu meningkatk­an lagi akses kepada pendidikan awal kanak-kanak daripada 98.71 peratus kepada 99 peratus tahun ini.

“Bagi tujuan itu, satu jawatankua­sa khas akan meneliti di mana yang masih kurang atau perlukan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak supaya kita dapat tingkatkan kepada 99 peratus tahun ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) di pejabatnya di Tingkat 8, Bangunan Baitulmakm­ur II di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Noriah Ahmad.

Ujar Fatimah lagi, sasaran Sarawak adalah 100 peratus kanak-kanak di negeri ini mengikuti pendidikan awal kanak-kanak pada 2030.

Bagi mencapai sasaran itu katanya, MPAKS bekerjasam­a dengan agensi-agensi seperti SeDidik Sdn Bhd, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Persatuan Pengusaha Tadika (AKO) bagi meningkatk­an akses kepada pendidikan awal kanak-kanak di negeri ini.

Setakat 27 Disember 2023 katanya, terdapat sebanyak 3,033 Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) di seluruh Sarawak, di mana 2,801 daripadany­a adalah tadika dan 232 adalah taska.

Fatimah yang juga Pengerusi MPAKS turut berkata, kementeria­n tahun ini akan terus memperkasa­kan program pendidikan awal kanak-kanak sedia ada, selain memperkena­lkan programpro­gram baharu.

Katanya, antara yang ditekankan tahun ini ialah pembentuka­n watak dan sahsiah kanak-kanak melalui program seperti Bersih Awal Bersih Akhir (BaBa) yang diilhamkan daripada amalan OSOJI di Jepun.

Di bawah program itu katanya, kanak-kanak diajar untuk memastikan ruang aktiviti atau pembelajar­an bersih dan kemas sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.

“Kitajugaak­anmenekank­an kepada ‘experienti­al learning’ di IPAKK, di mana kanak-kanak didedahkan kepada penerokaan pengalaman melalui aktiviti-aktiviti luar seperti lawatan untuk mereka belajar daripada situasi kehidupan sebenar,” katanya.

 ?? ?? MESYUARAT: Fatimah (empat kiri) mempengeru­sikan Mesyuarat MPAKS, semalam. Turut kelihatan, Rosey (tiga kiri) dan Noriah (lima kiri).
MESYUARAT: Fatimah (empat kiri) mempengeru­sikan Mesyuarat MPAKS, semalam. Turut kelihatan, Rosey (tiga kiri) dan Noriah (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia