Utusan Borneo (Sarawak)

RM49,000 lesap, pesara swasta diperdaya sindiket ‘phone scam’

Mangsa tertipu taktik suspek menyamar sebagai pegawai BNM

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

“Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya selepas membuat semakan terhadap akaun bank miliknya dan mendapati wang telah berkuranga­n.

MIRI: Seorang pesara swasta di sini mengalami kerugian RM49,000 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima laporan berhubung kes terbabit daripada mangsa berusia dalam lingkungan 60-an kelmarin.

“Mangsa pada mulanya menerima khidmat pesanan ringkas melalui telefon yang mendakwa kad kredit miliknya telah digunakan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Mangsa kemudianny­a berhubung dengan nombor telefon yang tertera dan diarahkan untuk membuat aduan kepada pegawai Bank Negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Alexson menjelaska­n, dalam urusan itu, mangsa telah diarah untuk memberikan semua maklumat perbankan atau kewangan dalam talian miliknya agar suspek dapat

ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

membantu menyekat duit itu daripada hilang.

“Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya selepas membuat semakan terhadap akaun bank miliknya dan mendapati wang telah berkuranga­n.

“Mangsa telah mengalami kerugian sehingga berjumlah RM49,000,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan sebat, dan juga denda.

Sementara itu, Alexson menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mendedahka­n atau memberikan sebarang butiran kewangan kepada manamana pemanggil yang tidak dikenali.

“Berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjagajag­a apabila berurusan secara dalam talian khasnya jika pemanggil mendakwa sebagai rakan, kenalan, pihak penghantar­an, pihak penguat kuasa undang-undang mahupun pihak mahkamah.

“Buat semakan dan pengesahan awal kepada pihak terlibat jika perlu,” nasihatnya.

Beliau juga menggalakk­an agar masyarakat menghubung­i Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber seperti ‘phone scam,’ ‘love scam,’ e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya baru sahaja membuat transaksi pindahan wang ke manamana akaun keldai atau sindiket penipuan.

Selain itu, orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Sila layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Sarawak untuk mendapatka­n maklumat modus operandi terkini penipuan.

 ?? ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia