Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pintu Rumah Ranchak berdepan risiko tanah runtuh

-

PAKAN: Empat pintu bilik yang melibatkan 10 penghuni di Rumah Ranchak, Nyalak Ladong, Pakan berdepan dengan risiko tanah runtuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan dengan kejadian itu pada jam 8.24 malam kelmarin.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, seramai tiga anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi berkenaan yang terletak sejauh 50 kilometer dari balai untuk melakukan pemeriksaa­n dan memantau kejadian seperti yang telah dilaporkan oleh penduduk.

“Ketika sampai di rumah panjang terbabit, pasukan bomba mendapati terdapat tanah runtuh telah berlaku di belakang rumah panjang terbabit yang melibatkan empat pintu bilik dari nombor 19 hingga 22.

“Jarak kejadian tanah runtuh dengan struktur bangunan rumah panjang yang terjejas tersebut hanya 30 meter dan hasil pemantauan awal yang dilakukan oleh pihak bomba juga mendapati struktur tanah di kawasan terbabit berada dalam keadaan tidak stabil,” kata Nicholas kepada media semalam.

Berdasarka­n situasi itu, kata Nicholas anggota bomba bertindak memasang tali sawar-sawar di lokasi runtuhan sebagai tanda peringatan dan bahaya untuk didekati.

“Pihak bomba telah menasihati penduduk agar sentiasa berhati-hati terutama pada masa hujan kerana tanah terbabit berisiko untuk runtuh lagi.

“Kita turut mengingatk­an penduduk agar memaklumka­n kejadian tersebut kepada pihak berwajib dan sentiasa memantau situasi runtuhan untuk mengelak dari berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia