Utusan Borneo (Sarawak)

Bayi lelaki dijumpai dalam semak di KM1 Jalan Bukit Jayong, Belaga

-

BINTULU: Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa telah ditemui orang awam di kawasan semak tepi jalan di Kilometer 1 Jalan Bukit Jayong, Belaga dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Jimbai Bala berkata, polis dimaklumka­n mengenai penemuan bayi yang dibalut dengan kain tersebut oleh orang awam pada jam 4 petang.

Katanya, susulan maklumat itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bayi yang ditemui itu masih dalam keadaan bernyawa.

“Bayi tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Belaga untuk pemeriksaa­n kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, berdasarka­n pemeriksaa­n perubatan, bayi lelaki seberat 2.9 kilogram (kg) itu dipercayai baru dilahirkan kurang dari 24 jam sebelum ditemui dalam keadaan sihat.

Katanya, bayi tersebut telah dirujuk ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan ditempatka­n di Unit Penjagaan Khas Bayi bagi tujuan pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat untuk membantu polis dalam siasatan kes penemuan bayi tersebut.

“Kita telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 317

Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan bayi tersebut untuk menghubung­i Ibu Pejabat Daerah Polis Belaga di talian 086-461318 atau pegawai penyiasat kes Inspektor Junior Majulai di talian 0109432942.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia