Utusan Borneo (Sarawak)

Lima cerita rakyat Sarawak dibukukan

‘Sarawak Folktales For All’ tampil cerita etnik Iban, Bidayuh, Melayu, Cina dan Punan Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara

- Oleh Hamkar Sarbinee Oleh itu, buku ini diedarkan kepada 1,254 sekolah rendah termasuk 223 sekolah rendah Cina dan 211 perpustaka­an di seluruh negeri ini.

KUCHING: Sebanyak lima cerita rakyat merangkumi pelbagai etnik di Sarawak yang mempunyai pelbagai inti pati budaya, sosial dan moral telah diterbitka­n dalam koleksi buku bergambar.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, koleksi buku ‘Sarawak Folktales For All’ itu mengetenga­hkan cerita daripada etnik Iban, Bidayuh, Melayu, Cina dan Punan.

Menurutnya, usaha menerbitka­n buku bergambar itu bertujuan memupuk pemahaman yang mendalam selain menghargai adat dan budaya dalam pelbagai etnik.

“Oleh itu, buku ini diedarkan kepada 1,254 sekolah rendah termasuk 223 sekolah rendah Cina dan 211 perpustaka­an di seluruh negeri ini.

“Ia bertujuan bagi memastikan setiap institusi pendidikan dan perpustaka­an mempunyai akses kepada khazanah budaya ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku ‘Sarawak Folkstales For All’ di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakm­ur ll, Petra Jaya di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan menambah, penerbitan buku itu dibuat menerusi Dana Mudahcara Warisan, Seni dan Budaya tahun lalu.

Buku tersebut katanya, memaparkan cerita daripada cerita rakyat yang menawarkan hubungan yang mendalam dengan nilai, kepercayaa­n, dan tradisi setiap kumpulan etnik.

“Sarawak mempunyai 34 kumpulan etnik yang harmoni dan menjadi bukti kepada keindahan kepelbagai­an kaum di mana perkongsia­n cerita rakyat menjadi jambatan yang membolehka­n kita meneroka budaya masing-masing selain memupuk pemahaman dan penghayata­n,” ujarnya.

Jelas Abdul Karim, antara koleksi cerita itu ialah ‘Baka Kumang Nupi Sawa’ iaitu cerita dalam komuniti Iban yang mempunyai nilai teladan tersendiri.

Selain itu, cerita dari komuniti Bidayuh iaitu ‘Widow and The Colourful Clothes Frog’ serta cerita daripada komunitu Melayu, ‘Udin dan Ikan Patin Berubah’ yang mendedahka­n kepercayaa­n mistik yang menyelubun­gi pengambila­n ikan patin dalam kalangan orang Melayu Sarawak.

Kisah komuniti Punan, ‘Modi dan Batu Ajaib’ pula menanamkan rasa hormat yang mendalam terhadap alam semula jadi dan nilai menepati janji, manakala cerita rakyat Cina mengisahka­n ‘Pulau Datuk Kong,’ katanya.

“Dalam komitmen kami untuk pemelihara­an warisan, kami mengumumka­n bahawa Pulau Datuk Kong sedang dalam proses diwartakan sebagai warisan tapak di bawah

Ordinan Warisan Sarawak 2019.

“Pulau ini terletak di tengah Batang Kemena dan akan dilindungi dan dinaik taraf sebagai destinasi pelanconga­n warisan,” jelas Abdul Karim.

Beliau pada masa sama turut mengumumka­n sejumlah RM10 juta peruntukan tahunan di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n untuk pertumbuha­n industri kreatif di Sarawak.

“Ia khusus untuk Dana Mudahcara Warisan, Seni dan Budaya yang bukan hanya bertujuan menyokong persatuan dan organisasi yang terlibat dalam seni, budaya dan warisan dalam menganjurk­an aktiviti dan program, tetapi juga memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuha­n industri kreatif Sarawak.

“Melalui Dana Mudahcara Warisan, Seni dan Budaya, kami mengalu-alukan permohonan daripada individu berbakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan,” tambahnya.

Katanya, sumbangan pihak terbabit kepada pengeluara­n, promosi, pengedaran, dan pengkomers­ialan produk warisan memainkan peranan penting dalam memelihara dan mengekalka­n warisan budaya di Sarawak.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak Abang Haliman Abang Julai dan tetamu jemputan lain.

” Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

KUCHING: Setelah lima hari meluangkan masa melawat beberapa lokasi di bandar raya ini serta menyantuni rakyat Bumi Kenyalang, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke ibu negara dengan pesawat khas pada jam 12.30 tengah hari semalam dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak Dato Sri AbdulKarim­RahmanHamz­ah mengetuai kenamaan tempatan yang hadir di lapangan terbang itu bagi mengucapka­n selamat berangkatk­epadaTengk­uHassanal dan rombongan.

Sepanjang lawatan kerja di bandar raya ini, baginda berkenan mengunjung­i beberapa lokasi ikonik seperti Dataran Ibu Pertiwi, Jambatan Darul Hana dan Muzium Kebudayaan Borneo.

Selain itu, Tengku Hassanal turut melawat pejabat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Menara Sarawak Energy Berhad (SEB), Algae Nursery Site Resintech Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Hadir sama mengiringi keberangka­tan pulang baginda ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT BERANGKAT: Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara menggunaka­n pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT BERANGKAT: Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara menggunaka­n pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.
 ?? ?? LANCAR: Abdul Karim (tengah) menunjukka­n kotak yang berisi lima buku cerita rakyat selepas Majlis Pelancaran Buku‘Sarawak Folkstales For All’di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakm­ur ll, Petra Jaya semalam. Turut kelihatan, Snowdan (kiri) dan Haliman.
LANCAR: Abdul Karim (tengah) menunjukka­n kotak yang berisi lima buku cerita rakyat selepas Majlis Pelancaran Buku‘Sarawak Folkstales For All’di Bilik Mesyuarat Mulu, Bangunan Baitulmakm­ur ll, Petra Jaya semalam. Turut kelihatan, Snowdan (kiri) dan Haliman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia