Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Gong Xi Miri tahun ini terbesar: Yii

Sebanyak 330 gerai terlibat dalam aktiviti jualan selama lapan hari dari 2 hingga 9 Feb

- Oleh Steve Annuar

“Bazar Gong Xi kali ini akan menjadi acara paling besar dengan sebanyak 330 gerai yang 40 peratus daripadany­a adalah peniaga Bumiputera. Pelbagai jenis pilihan makanan dan barang dagangan akan ” dijual. Adam Yii Datuk Bandar MBM

MIRI: Penyertaan untuk Bazar Gong Xi Miri pada tahun ini adalah yang terbesar dengan sebanyak 330 gerai terlibat dalam aktiviti jualan selama lapan hari bermula 2 hingga 9 Februari di High Street dan Jalan Raja.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, bazar tersebut telah 20 kali dianjurkan dan menjadi ‘signature event’ untuk bandar raya Miri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Yii menambah, penganjura­nnya juga sangat berjaya setiap kali dikendalik­an yang melibatkan kerjasama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina (DPPC) Miri.

“Bazar Gong Xi kali ini akan menjadi acara paling besar dengan sebanyak 330 gerai yang 40 peratus daripadany­a adalah peniaga Bumiputera. Pelbagai jenis pilihan makanan dan barang dagangan akan dijual,” ujarnya kepada pemberita di Dewan Bandaraya Miri kelmarin.

Menurut Yii, sepanjang tempoh bazar beroperasi, Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menutup laluan di Jalan Kingsway bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Pada tahun ini katanya, penganjur akan menyediaka­n meja dan kerusi di sepanjang Jalan Kingsway untuk pengunjung menikmati hidangan mereka.

Walaupun penganjur menggunaka­n khidmat kakitangan pembersiha­n katanya, pengunjung dinasihatk­an untuk lebih bertimbang rasa dan membersihk­an sisa makanan selepas makan.

Beliaumemb­eritahu,sistem bekalan air juga disedaikan untuk kemudahan peniaga dan pengunjung.

Sementara itu, taklimat tentang peraturan kebersihan telah dikendalik­an pada 4 Januari, diikuti dengan suntikan vaksin antitifoid dan kursus pengendali­an makanan untuk pemilik gerai pada 26 Januari ini.

Menurut Yii, penglibata­n peniaga Bumiputera memperkaya­kan suasana bazar Cina untuk orang awam dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan menggambar­kan kepelbagai­an makanan tradisi komuniti Miri.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka hadir merasmikan bazar terbabit pada 3 Februari.

Yii memberitah­u, sebanyak 26 pertubuhan dengan seramai hampir 1,000 orang akan terlibat menjayakan persembaha­n pentas pada setiap malam.

Turut dianjurkan ialah Larian Tahun Baharu Cina 2.0 yang akan dirasmikan oleh Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin pada 2 Februari dan pertanding­an Ratu Cheongsam pada 7 Februari untuk penyertaan wanita berusia 30 tahun dan ke atas.

Penganjur juga menawarkan hadiah untuk pemilik gerai tercantik.

“Dengan adanya aktiviti yang pelbagai dan inklusif ini, bazar ini telah menjadi mercu tanda meraikan kebudayaan dan semangat kemasyarak­atan, mencermink­an kekayaan kepelbagai­an Sarawak dan rakyatnya,” jelas Yii.

Turut hadir Pengerusi Penganjur Bersama Vincent Lu dan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Bazar Kapitan Albert Sim.

 ?? ?? JOM JAYAKAN: Yii (duduk tengah) bersama kaunselor, jawatankua­sa penganjur dan wakil DPPC Miri bergambar mempromosi­kan Bazar Gong Xi selepas sidang media kelmarin.
JOM JAYAKAN: Yii (duduk tengah) bersama kaunselor, jawatankua­sa penganjur dan wakil DPPC Miri bergambar mempromosi­kan Bazar Gong Xi selepas sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia